VIP

Khamis, 30 Disember 2010

Fakta Final Piala Suzuki AFF2010 dan Perang Laser Malaysia vs Indonesia



Fakta menarik:-
1.   Norshahrul Idlan Talaha baru berkahwin sehari sebelum final pusingan pertama Malaysia vs Indonesia. Mungkin ada yang berkata dia bakal kehilangan stamina, tapi dia membuktikan sebaliknya, kelihatan dia yang lebih bertenaga berbanding pemain lain. Siapa kata kahwin boleh menjejaskan stamina? Siapa? Siapa? Siapa?

2.   Insiden silauan laser semasa perlawanan pertama menyebabkan protes di pihak Indonesia sehingga memaksa pengadil memberhentikan perlawanan. Si pelaku akhirnya tertangkap dan disahkan oleh beberapa blog bahawa Ultraman telah ditangkap  kerana memancarkan sinaran laser ke mata penjaga gol Indonesia (tolong percaya ye). Penjaga gol Malaysia kata dia pun kena sinaran laser masa lawan Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan di Indonesia. Siapa yang main laser dulu ni?

3.   Julia Perez, artis panas Indonesia dikhabarkan mahu memakai bra berlazer bagi mengalihkan tumpuan pemain Malaysia. Betul ke gitu? Kalau macam tu baik bogel terus, habis semua orang pun akan teralih tumpuan. Ini memang betul cari publisiti murahan.

4.   Kediaman pemain Malaysia dikepong oleh penyokong Indonesia sambil menunjukkan sepanduk untuk melemahkan moral pemain Malaysia untuk bermain di Stadium Gelora Bung Karno. Ni satu lagi, diorang ni apehalah fanatik macam orang gila. Fanatik secara sopan tak boleh ke?
5. Website RTM kena hack, ni fakta ke auta? Ini menurut sumber bacaan beberapa blog. Apa sebabnya? ada kaitan dengan siaran langsung bola sepak piala AFF yang yang dipancarkan oleh RTM ke? Ini kerja hacker dari Indonesia ke? Sebelum ni memang diorang aktif hack website dari Malaysia.
6. Yang paling best adalah pengumuman PM bahawa pada Jumaat ini bersamaan 31/12/2010 adalah cuti umum sempena meraikan kemenangan sulong Malaysia dalam perebutan Piala Suzuki AFF.

Ahad, 26 Disember 2010

Misi Pencarian Blackberry Torch 9800

Sungguh tak di sangka, rupa-rupanya untuk mendapatkan sebijik Blackberry Torch 9800 adalah satu misi yang sukar dan penuh cabaran. Ceritanya camni, setelah tahu telco biru dan kuning buat promo Blackberry Torch 9800, maka pada 09/12/2010 kami pun menuju ke destinasi terdekat iaitu di Giant Batu Caves dengan hati berbunga-bunga dan harapan menggunung tinggi. Disebabkan aku ni loyal customer kaler biru maka kami pilih outlet kaler biru.
Biru: “Sini bukan centre cik, kena pergi centre untuk dapatkan plan tu”.
Kami: ”ooooo”.
So kami pun pergi kat outlet kaler kuning, kat sebelah jer, saje nak usha, dalam hati masih loyal pada biru.
Kuning: “Blackberry Torch, kami takde stok”.
Kami: ”ooooo”.
Hujung minggu tu balik kampung, jadi terpaksa tangguh niat di hati tu minggu berikutnya, hari kerja susah sikit nak pergi ke centre telco kaler biru tu. Sabtu, 17/12/2010 kami pilih centre terbesar di sebelah Jalan Tun Razak. Sampai je kat outlet tu
Biru: “ Centre ni tutup buat sementara waktu, cik kena pergi centre di sebelah bangunan MCA tu”.
Kami: ”ooooo”.
Sampai jer outlet kaler biru sebelah bangunan MCA tu.
Biru: “Kami takde stok, kena tunggu lagi 2 minggu, first come first serve”.
Kami: ”ooooo”. (hampeh tul..nak bg duit pun sombong)
Kami hampir putus asa dah, centre besar pun habis stok, takkan nak redah pergi centre lain pulak. Kalau macam ni elok ambik telco kaler kuning. Centre terdekat telco kaler kuning yang kami confirm buka pada hari ahad 19/12/2010 adalah Tesco Ampang.
Kuning:”Stok dah habis, lagi 1 minggu confirm ada”.
Kami: ”ooooo”. (cit pooorah)
Hampir-hampir nak rentung hati ini terbakar, last choice kami pergi centre kaler kuning di Low Yat, situ confirm banyak handphone, kalau takde jugak, silap-silap diriku ini bertukar kaler hijau. Dahlah terpaksa meredah jem di tengah bandar KL hampir sejam lebih…
Kuning:” Ada”.
Kami:” Yahoooooo, yabedabeduuuuuu”
Bergegar satu Low Yat akibat pekikan dan teriakan kami yang menangis dalam kegembiraan (dalam hati jer..hehehe). Cam hampeh.



Nampak tak Nuffnang papar iklan Digi, macam tau2 jer

Selain BB Torch, nampak tak apa lagi yang ada dalam tu?

Tangan sapa jadi model tu?

Khamis, 23 Disember 2010

iphone 4 ke Blackberry Torch

First contest aku masuk yang dianjurkan first time oleh SyedMuzzamir.

1. Ni headernya aku tampal



2. antara iphone4 dan Blackberry Torch, aku pilih Blackberry Torch

3. entry aku yang berkaitan cuba klik sini
 

Sabtu, 18 Disember 2010

Tip SEO - Beza SEO dan CEO

Banyak bezanya tu kalau tak tau beza gak tak taulah kan.

Pasal CEO tu aku taknak citerlah, semua orang dah tau, tapi SEO ni buat aku tertanya-tanya gak. Orang kata SEO ni penting untuk tarik traffic ke website atau blog kita. Abis tu macam mana? So godeklah sana-sini kat internet ni. Rupa-rupanya SEO ni berkaitan dengan enjin carian seperti google.
Contoh kalau kita nak info biasanya kita taip perkataan yang nak di cari kat googlekan? Nanti akan keluar semua senarai website berkaitan perkataan kita carikan? Kalau website kita terpampang kat atas sekali kebarangkalian orang klik kat website kita tinggi kan?
Secara asasnya nak tarik trafik guna pendekatan SEO ni, maka kita perlu tulis perkara berkaitan isu semasa yang tengah hot orang cari. Contoh lagi, orang nak tau pasal keputusan perlawanan Piala Suzuki, apa yang kita perlu buat? Buat satu entry berkaitan dengan Perlawanan Piala Suzuki:-



1.       Tajuk entry mesti ada keputusan perlawanan Piala Suzuki AFF.
2.       Isi kandungan cerita pasal perlawanan Piala Suzuki AFF.
3.       Nama gambar yang ditampal mesti letak keputusan perlawanan Piala Suzuki AFF
4.       Label pun letak keputusan perlawanan Piala Suzuki FF.
Faham ke? Yang tu asasnya, secara advancenya kenalah belajar lagi. Hehe betul ke tips aku bagi ni.. lantaklah. Aku harap Malaysia menang separuh akhir kedua lawan Vietnam dalam persaingan merebut Piala AFF. Malaysia Boleh! Sungguh Patriotik!
p/s: Tengah try jer ni, jadi ke tak. Faham ke?

Rabu, 15 Disember 2010

Kek, Cupcake, Coklat Terlampau


Entry kali ni aku nak tunjukkan kek yang dibeli secara online daripada kawan-kawan sambil-sambil promote business dorang ni. Apa yang terlampau tu? hehehe.. terlampau sedap..kui..kui..kui. Kek, cupcake dan coklat yang dorang buat memang best, aku dah banyak kali order daripada dorang, kalau tak caya cuba try test sendirilah.

Ok.. cupkek yang aku beli ni sempena jamuan akhir tahun tadika anak aku yang sulong, Nadhirah. Betul-betul happy dia dapat bagi cupcake yang bukan saja sedap tapi nampak cantik dan menarik sehingga macam sayang nak makan gitu. Sambil makan sambil belajar baca A.B.C, makan sambil belajar tau. Cup kek ni aku order di http://bake-at-home.blogspot.com/. Owner dia Puan Helly dan husband dia, En. Fit officemate aku.



Coklat ni pulak aku di sponsor sempena hari jadi aku dan officemate. Entahlah.. ni first time aku tengok dan dapat coklat yang unik camni, maklumlah aku takdelah kisah sangat pasal design coklat ni, mungkin ni fashion terbaru kot atau aku dah ketinggalan zaman? Bukan saje coklat tu  boleh makan, tapi bekas coklat tu pun boleh makan sekali sebab dibuat daripada coklat jugak... magik...magik. Coklat ni diorder di http://nowwachocs.blogspot.com/. Owner dia Puan Nowwa, kawan aku masa kat U dulu. Jangan main2, husband dia Major tau.



Harap-harap, order lepas-lepas ni dapatlah diskaun lebih sket... hehehe. Puan Nowwa dan En. Fit, bagilah credit kat blog aku ni sempena promosi percuma blog korang...huhuhu..

Selasa, 14 Disember 2010

Urgent: Aku Perlukan Telefon Pintar

Yang mana satu, ini:-                                               





atau




Phone ComparedBlackberry TorchiPhone 4
General2G NetworkGSM 850 / 900 / 1800 / 1900GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G NetworkUMTS 850 / 1900 / 2100 /800HSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100
Announced2010, August2010, June
StatusAvailable. Released  2010, AugustAvailable. Released 2010, June
SizeDimensions111 x 62 x 14.6 mm115.2 x 58.6 x 9.3 mm
Weight161 g137 g
DisplayTypeTFT touchscreenTFT capacitive touchscreen, 16M colors
Size360 x 480 pixels, 3.2 inches640 x 960 pixels, 3.5 inches
- QWERTY keyboard- Scratch-resistant surface
- Optical trackpad- Multi-touch input method
- Proximity sensor for auto turn-off- Accelerometer sensor for auto-rotate
 - Three-axis gyro sensor
 - Proximity sensor for auto turn-off
SoundAlert typesVibration, MP3 ringtonesVibration, MP3 ringtones
SpeakerphoneYesYes
Headphone jack- 3.5 mm audio jack- 3.5 mm headset jack
MemoryPhonebookPractically unlimited entries and fields, PhotocallPractically unlimited entries and fields, Photocall
Call recordsYes100 received, dialed and missed calls
Internal4 GB storage, 512 MB RAM, 512 MB ROM16/32 GB storage, 512 MB RAM
Card slotmicroSD, up to 32GB, 4GB card includedNo
DataGPRSClass 10 (4+1/3+2 slots), 32 - 48 kbpsClass 10 (4+1/3+2 slots), 32 - 48 kbps
EDGEClass 10, 236.8 kbpsClass 10, 236.8 kbps
3GYes, 384 kbpsHSDPA, 7.2 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps
WLANWi-Fi 802.11 b/g/n, UMA (carrier-dependent)Wi-Fi 802.11 b/g/n
BluetoothYes, v2.1 with A2DPYes, v2.1 with A2DP
Infrared portNoNo
USBYes, microUSB v2.0Yes, v2.0
CameraPrimary5 MP, 2592?1944 pixels, autofocus, LED flash5 MP, 2592 x 1944 pixels, autofocus, LED flash
FeaturesGeo-tagging, continuous auto-focus, image stabilizationTouch focus, geo-tagging
VideoYes, VGAYes, 720p@30fps, LED video light, geo-tagging
SecondaryNoYes, videocalling over Wi-Fi only
FeaturesOSBlackBerry OS 6.0iOS 4
CPU624MHz Processor1 GHz Apple A4 processor
MessagingSMS, MMS, Email, Push Email, IMSMS (threaded view), MMS, Email, Push Email
BrowserHTMLHTML (Safari)
RadioNoNo
GamesYes + downloadableDownloadable, incl. motion-based
ColorsBlackBlack, White
GPSYes, with A-GPS supportYes, with A-GPS support
JavaYes, MIDP 2.0No
- Social feeds- MicroSIM card support only
- BlackBerry maps- Scratch-resistant glass back panel
- Document editor (Word, Excel, PowerPoint, PDF)- Active noise cancellation with dedicated mic
- Media player MP3/WMA/eAAC+/FlAC/OGG player- Digital compass
- Video player MP4/WMV/H.263/H.264- Google Maps
- Organizer- Audio/video player and editor
- Voice memo/dial- Voice command/dial
 - TV-out
Battery Standard battery, Li-Ion 1300 mAhStandard battery, Li-Po 1420mAh
Stand-byUp to 432 h (2G) / Up to 336 h (3G)Up to 300 h (2G) / Up to 300 h (3G)
Talk timeUp to 5 h 30 min (2G) / Up to 5 h 40 min (3G)Up to 14 h (2G) / Up to 7 h (3G)
Music playUp to 30 hUp to 40 h

Satu lagi, yang mana ok dari segi coverage dan plan yang ditawarkan? Biru? Hijau? atau Kuning?

Khamis, 9 Disember 2010

Selamat tinggal BB

Selamat tinggal BB, kunci telah ku serahkan kepada owner baru. Semoga kau mendapat tuan baru yang menjagamu sepenuh hati. Maaf, aku tak bisa menjagamu lagi kerna aku telah lama berimpian. Impian untuk memiliki teratak idaman.

Namun pengalaman bersamamu tak bisa ku lupakan. Prestasi, itu perkataan yang sesuai dengan mu. Ya, kau pernah cecah top speed 200kmph (amaran! aksi seharusnya dilakukan dibawah pengawasan pakar dan di litar lumba sahaja), itu sahaja yang kau termampu, tapi aku begitu teruja mengendali jentera berkuasa sepertimu.


Iklan diletakkan di web pada 14/10/2010, lebih kurang 6 pembeli berminat. Namun BB diserahkan kepada caller pertama yang berjaya membiayai BB. Tahniah Tg. Haris, harap kau menjaga BB dengan baik.
Kini tinggalah ZaZa sendirian.....
Selamat tinggal BB! sob...sob...sob

BB!!!!!!

Isnin, 6 Disember 2010

Red Baron - Si Juara yang Tewas

Baru lepas tengok cerita Red Baron di astro saluran movie (tak ingat yang mana satu). Siapa Red Baron? Kenapa aku minat tengok dan tulis cerita ada unsur sejarah perang ni? Mungkin aku boleh pelajari sesuatu dan sesajer tambah pengetahuan. Red Baron adalah juruterbang pesawat tempur Jerman dalam perang dunia pertama. Lahir tahun 1892 dan tewas dalam pertempuran udara dalam tahun 1918 pada usia 26 tahun. Red Baron atau nama sebenar  Baron Manfred von Richthofen sangat terkenal dan digeruni pihak lawan, pada ketika itu pihak bersekutu kerana rekod menang di udara 80 kali. Beliau hidup sebelum zaman Hitler dan tentera Nazinya menguasai Jerman.


Mungkin ketika itu jika nampak pesawat Red Baron yang berwarna merah menyala tu pasti rasanya seperti jantung mahu luruh, dan dalam hati berkata “matilah aku kali ni. huhuhu”. Satu fakta yang ingin dikongsi di sini ialah rata-rata hayat pejuang pesawat tempur paling lama adalah 3 minggu sahaja sebelum akhirnya tewas ditembak jatuh oleh lawan. Dengan rekod kemenangan tersebut yang sukar dicabar oleh juruterbang pesawat tempur lain, dia dijulang sebagai hero sehingga dianggap membawa tuah dan membawa aura kemenangan kepada seluruh rakyat Jerman. Kegagalan Red Baron pasti menjatuhkan moral askar dan rakyat Jerman pada ketika itu. Namun pada 21 April 1918, akhirnya lagenda ini tewas juga di tangan pesawat tempur pihak lawan tetapi sehingga kini tidak dapat dipastikan peluru siapa yang mengakhiri riwayat Red Baron. Ini adalah poster filem Red Baron.

Filem di bawah ini pula adalah kisah juruterbang pesawat tempur di pihak bersekutu. Dah tengok juga movie ni di astro, kalau tak silap tahun lepas. Red Baron ada digambarkan dalam filem ini sebagai watak antagonis.

Kalau berkesempatan.. tengoklah dua-dua cerita ni..

Sabtu, 4 Disember 2010

Boleh Tahan 8 Jam

Hatiku berbelah bagi antara Dell dan Acer
Orang kata Dell bagus dari segi kualiti dan waranti, kalau rosak dorang akan datang rumah untuk baiki. Tapi dari segi spesifikasi dan harga, Acer lebih berbaloi.
Yang mana satu ni?
Last sekali pilih Acer jugak sebab tertarik dengan design yang sophisticated, nipis, ringan dan bateri tahan lebih 8 jam? Waranti setahun, itu sudah memadai, kalau nak waranti panjang lagi, kena bayar lebihlah.

TimelineX
Spesifikasi
:: Processor- Intel Core i5 430M 2.26 GHz
:: Mainboard - Intel HM55
:: Memory - 4096 MB, 2x 2048 MByte DDR3-8500 (1066 MHz)
:: Graphics adapter - ATI Mobility Radeon HD 5650 - 1024 MB, Core: 550 MHz, Memory: 800 MHz, DDR3, 8.692.1.0, Switchable Graphics: Intel GMA HD
:: Display - 14.0 inch 16:9, 1366x768 pixel, LED-Backlight, AUO303C, glossy: yes
:: Harddisk - WDC WD6400BEVT-22A0RT0, 640GB 5400rpm
:: Soundcard - Realtek ALC269 @ Intel Ibex Peak PCH
:: Connections - 4 USB 2.0, 1 VGA, 1 HDMI, 1 Kensington Lock, Audio Connections: Headphones/Line-out (including S/PDIF), Microphone, Card Reader: MMC, SD, MS, MS Pro, xD,
:: Networking - Atheros AR8151 PCI-E Gigabit Ethernet Controller (10/100/1000MBit), Atheros AR5B93 Wireless Network Adapter (abgn), 2.1 Bluetooth
:: Optical drive - TSSTcorp CDDVDW TS-U633F
:: Size - height x width x depth (in mm): 30 x 342 x 245
:: Weight - 2.1 kg
:: Battery - 66 Wh Lithium-Ion, 6 cell
:: Operating System - Microsoft Windows 7 Home Premium 64 Bit
:: Additional features - Webcam: 1.3 Megapixel, Guide, 12 Month Warranty


Akhirnya laptop zaman batuku seperti di sini dah berganti baru, disponsor sempena harijadi pada 1 Disember  yang lalu. Terima kasih daun keladi, tahun depan sponsor lagi!

now u c
now u don
now u c a new one

Khamis, 2 Disember 2010

Ben Ashaari Terima Tawaran Berlakon?


Imej dari google
Huh?! Terkejut? berita panas ni, belum keluar mana-mana ruang gossip di media massa atau di alam cyber.  Hehehe.. Sebenarnya bukan berita tapi itu adalah soalan yang nak aku tujukan kepada Ben. Adakah Ben akan terima jika ditawarkan menjadi pelakon? Ermm..

Kalau Ben jadi pelakon, watak apa yang paling sesuai? Aku rasa Ben sesuai pegang watak adiwira (superhero) kerana keperkasaan dan kemachoan beliau. Gambar Ben bersut putih dan sedikit senyuman seperti di sini, telah menambat hati pelawat2 blog beliau untuk terus berkunjung dan beliau selayaknya diberi gelaran hero Malaya.
Malaysia dah ada seorang adiwira iaitu cicakman dengan Apek sebagai pendukung utamanya. Jadi apa watak adiwira yang sesuai dengan Ben yang nampak tough ni? (jangan berperawakan lembut dahlah.. tak sesuai). Aha! TOKEKMAN… hehe.. sorry der gurau jer.. takkan dari tadi nak puji jer kan.
Aku jamin, kalau Ben Ashaari jadi pelakon, dia akan bertambah hangat di pasaran dan blog dia pasti meletop-letop. Apa pendapat anda? Adakah anda rasa Ben sesuai menjadi pelakon?
Ps: tulisan ini tidak bermaksud apa2, sekadar untuk membina ‘jambatan’ dengan blog yang hebat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...