VIP

Sabtu, 29 Januari 2011

Syoknya Main


Kusyuk jer tu, tengok apa? Best sangat ker?


Ooo.. layan Dora the Explorer. Budak-budak memang layan kartun ni. Kadang-kadang mak bapak pun layan sama sebab astro dah di control oleh anak.


Bukan tengok jer tapi boleh join Dora dalam penjelajahan dia.. bagus tu, sambil tu belajar mengenal ABC, mengira, mengenal bentuk dan mendengar arahan. Bila tengok Abang main game ni, baru tau Abang rupanya dah kenal huruf dan mengira. Untuk umur 3+ tahun, oklah tu.


Inilah gamenya, V. Smile Motion from vtech. Dikawal secara remote control dan boleh pilih sama ada nak guna mode joystick atau motion (pergerakan). Selain Dora, ada game Little Einstein, Toy Story, Disney Princess dan macam. untuk umur 3 hingga 7 tahun.

Walau apapun, permainan alam nyata adalah lebih baik.

Khamis, 27 Januari 2011

BEN ASHAARI BLOG

Bagi yang berminat ... sila sediakan satu entri khas :

1. Letakkan header BEN ASHAARI BLOG


2. Tajuk : BEN ASHAARI BLOG dan linkkan ke entri ini .. done

3. Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda sehingga kini .. 1 kali sehari, jumlah entry 42, campur yang ni 43.

4. Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI .. confirm dapat trafik dari blog BA

5. Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ? menjana pendapatan pasif, membantu blog baru seperti BA buat.

Peluang Kerja di Portal JobMalaysia

Pagi ni terasa bersemangat untuk mulakan hari ini disamping meneruskan aktiviti blogging. Aura semangat ini hadir setelah melihat sambutan yang diterima dalam entry Sudikah Anda Jadi Follower Kami? Penting ke follower? Bagi aku follower mencerminkan usaha anda dalam dunia blog. Semakin ramai follower bermakna anda telah banyak berusaha dan meluangkan masa anda untuk blog. KECUALI, anda seorang artis, public figure, orang kenamaan dan seumpama dengannya. Mereka tetap perlu berusaha tapi kebanyakkan follower mereka datang dengan sendiri menawarkan diri untuk jadi follower. Bagi yang blogger tiada nama seperti aku, memang seharusnya kita perlu berusaha untuk menarik pembaca ke blog. Setuju? Usaha itu tangga kejayaan, yang penting kita istiqomah (konsisten). Pasti kejayaan akan hadir.

Sebenarnya bukan itu yang aku nak cerita tapi aku nak cerita berkenaan peluang kerjaya yang banyak dalam portal JobMalaysia. Mungkin ramai yang dah tahu tapi mungkin ramai jugak yang baru tahu seperti aku. Isk. Sememangnya aku pasti ramai yang dah dengar ayat ni “zaman sekarang ni susah nak dapat kerja, jangan memilih, yang mana ada sambar je”. Aku setuju. Hari ini, ramai yang tak kerja kerana memilih kerja atau mencari kerja yang setaraf dengan kelayakan. Mencari kerja yang setaraf dengan kelayakan memang betul, anda memang rasional, tapi kalau dah setahun tak kerja dan masih disara oleh ayah bonda, tak ke membebankan mereka? Dalam bab ni ketepikan anak orang berada.

Portal ini sepenuhnya dibawah Kementerian Sumber Manusia. Klik gambar dibawah untuk ke sana:-

Selasa, 25 Januari 2011

Terperangkap Dalam Lif

Bagaimana perasaan kalau terperangkap dalam lif selama 4 jam?


Orang kat luar ni hanya mampu tengok jer.
Kat dalam tu ada 3 orang, 2 lelaki dan seorang perempuan.
Yang perempuan tu katanya ala2 nak pengsan sebab fobia


Bomba dipanggil setelah usaha untuk buka lif gagal. 
Alatan pengumpil khas digunakan untuk buka pintu lif


Pintu berjaya dibuka dalam tempoh tak lebih 10 saat dengan alat pengumpil tu


 Salah seorang mangsa terperangkap disambut seperti artis setelah berjaya keluar

Ahad, 23 Januari 2011

10 perkara paling best masa sekolah rendah

Segmen dari hati ke hati di jiwagua.blogspot perkara paling best masa sekolah rendah

Yang ni la rasanya paling best, hehe, ingatan dah kurang dan samar2
1. Selalu dapat nombor kurang dari 10, tak pernah lebih
2. Nombor terbaik dalam kelas no 2, dapat hadiah hujung tahun
3. Ada kelas muzik, boleh menyanyi dan guna alat muzik
4. Belajar main recoder, kena buat persembahan tapi tak hafal note, miming je la
5. Pernah jadi pengawas sekolah, baju warna biru kot
6. Bawak bekal duit 50 sen pun dah cukup nak makan time tu, sekarang ni berapa ringgit?
7. Pernah menulis artikel untuk majalah sekolah tiru dari buku teks
8. Rumah dekat je dengan sekolah, jalan kaki je
9. Teringat camping dekat padang sekolah, best tu, emm..setiap group kena buat lakonan sketsa
10. Dapat keputusan UPSR yang baik tapi takdelah cemerlang

Saya tag:

1. Riha
2. Miss Myra

Nak join klik sini

Bloglist QDA

Nak kenal? Klik sini

JOM SANTAI BERSAMA BEN ASHAARI

1. Letak header BLOG BEN ASHAARI


2. Tajuk : JOM SANTAI BERSAMA BEN ASHAARI dan linkkan ke entri ini .. Done
  1. Sila lengkapkan
    • Sapa yang buat header tersebut - Sendiri
    • Perisian yang digunakan - Paint
    • Maksud header tersebut - Diriku dan cerita sekelilingku disamping watak kecil (anak) yang berbeza kerenah dan perangainya.
    • Jangkamasa yang diambil buat header itu - 1 jam ++
    • Header blog lain yang anda suka tengok - suka tengok header dengan warna yang ceria seperti www.qasehdalia.com dan header terbaru BA, memang nampak santai.
  2. Tinggalkan url entri korang tu di ruangan komen ini .. Done

Sabtu, 22 Januari 2011

Hari Pecah Tabung


Kakak, duit tu bukan untuk beli aiskrim dan gula-gula ya. Kita nak simpan dalam Amanah Saham Didik. Simpanan kakak untuk belajar bila kakak dah besar. Jadi tak perlu kita pinjam PTPTN, tapi kalau dapat biasiswa, ambik je, jangan lepas peluang orang nak bagi kita. Sebelum tu, kakak kena belajar rajin-rajin dulu, jadi budak bijak. Ibu doakan kakak berjaya dunia dan akhirat. Amin

Nasib engkaulah tabung, pecah sudah

Jumaat, 21 Januari 2011

Wanita tunjukkan ciri kewanitaan mudah naik pangkat

Gambar sekadar hiasan :P
RICHMOND, Amerika Syarikat (AS) - Satu kajian yang dilakukan para penyelidik Universiti George Mason di Virginia mendapati wanita yang menunjukkan ciri-ciri kewanitaan mudah dinaikkan pangkat, lapor sebuah akhbar semalam.

Kajian itu melibatkan personaliti 80 orang remaja lelaki dan wanita selepas lapan tahun mereka belajar dalam bidang sarjana pentadbiran perniagaan di universiti tersebut.

Para penyelidik itu mendapati wanita yang lebih bersifat kewanitaan mudah dinaikkan pangkat berbanding wanita yang bersikap agresif.

Menurut kajian itu, pengurus wanita yang mengawal diri mereka dengan baik lebih mudah dinaikkan pangkat.

Kajian itu diterbitkan oleh jurnal British Psychological Society. - Agensi

sumber : kosmo online

Rabu, 19 Januari 2011

JOM GEGAR BLOG


Ini segmen terbaru daripada Ben 10 opss.. Ben Ashaari. Dia kata pemenang boleh dapat hadiah kalau ada penganjur, kalau takde penganjur, pemenang dapat sticky post entri. Cepat.. cepat, tarikh tutup malam esok. Nak join klik sini.

Guna GPS kesan telefon ibu dicuri

WOODBRIDGE, Britain - Seorang anak, Kristen Richardson berusia 12 tahun mengesan lokasi telefon bimbit ibunya yang disimpan oleh seorang pencuri, dengan menggunakan sistem kedudukan global (GPS), lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu budak itu, Gemma Richardson, 32, mendapati telefon bimbitnya yang berharga £230 (RM1,127) hilang selepas dia minum di sebuah bar di Felixstowe, Suffolk pada Ahad lalu.

Dia kemudian memberitahu anaknya, Kristen yang kemudian dapat mengesan lokasi telefon bimbit ibunya itu.
Kristen dapat mengesan kedudukan telefon itu dengan menggunakan komputer riba ibunya menerusi GPS kerana dia telah memuat turun satu aplikasi keselamatan telefon ke dalam telefon bimbit ibunya.

Budak itu mendapati telefon bimbit itu berada beberapa meter dalam sebuah rumah di sebuah kampung beberapa kilometer dekat sini.

Dia kemudian melihat alamat rumah tersebut menerusi Google Street View di Internet sekali gus dapat melihat gambar rumah berkenaan.

Ibunya kemudian menghubungi polis bagi memberitahu alamat rumah tersebut.

Menurut akhbar Daily Mail, beberapa anggota polis kemudian pergi ke rumah tersebut dan menemui telefon bimbit itu.

Seorang lelaki berusia 21 tahun di dalam rumah itu kemudian mengaku dia mengambil telefon tersebut semasa berada di bar tersebut.

Menurut seorang jurucakap polis, kes itu diselesaikan menerusi pendekatan komuniti apabila si pencuri telefon tersebut menulis surat meminta maaf kepada pemilik telefon. - Agensi

sumber: kosmo online

Sabtu, 15 Januari 2011

Khamis, 13 Januari 2011

NUR Alert dapat kelulusan


KUALA LUMPUR - Sistem amaran awal yang bertindak sebagai sistem mengesan dan menghebahkan kehilangan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri semalam, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, hari ini.

"Jemaah Menteri turut memutuskan bahawa sistem ini dinamakan NUR Alert (National Urgent Response Alert),” katanya dalam kenyataan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini. - Bernama

sumber: kosmo online

Bloglist Anastasyea Bulan Februari 2011


Nak masuk dalam bloglist blog anastasyea?
Bloglist ni khas untuk bulan Februari 2011 sahaja.
Nak tahu macam mana nak join, jom klik sini.
Tarikh tutup 30 Januari 2011.

RM65,000 untuk setiap pemain


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian insentif saham amanah serta wang tunai berjumlah RM65,000 setiap seorang kepada 25 pemain dan jurulatih skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala Suzuki AFF pada bulan lepas.

“Setiap pemain dan jurulatih diberikan unit Amanah Saham Wawasan 2020 berjumlah RM50,000 yang bagaimanapun tidak boleh dikeluarkan sehingga tempoh 10 tahun,” kata Perdana Menteri ketika meraikan skuad itu di kediaman rasminya, Seri Perdana di Putrajaya semalam.

Pada majlis yang turut dihadiri Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan menteri-menteri Kabinet itu, Najib berkata, imbuhan wang tunai RM10,000 adalah daripada kerajaan dan RM5,000 lagi melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) Majlis Sukan Negara (MSN).

Petikan: kosmo online

Mereka memang layak dapat ganjaran!

Rabu, 12 Januari 2011

Erin & Elia : 1st Combined Giveaway (FCG) hingga 4 Feb 2011


Cik Elia (bakal tunang Apex aka Khairul Fahmi keeper Malaysia yang famous tu) dan sis dia Erin sedang melancarkan kempen 1st Combined GiveAway (FCG).
Hadiah misteri menanti ditaja oleh My Worth Buying Shoppe, dan Closets of AmyAmy. Mana tau boleh menang handbag, purse atau minyak wangi secara percuma. Kalau termasuk dalam bloglist dorang pun dah ok.
Kalau nak sertai giveaway ni jom ke sini. Tarikh tutup 4 Feb 2011.

Selasa, 11 Januari 2011

Ahli sejarah dedahkan siapa sebenar Mona Lisa


ROM - Seorang ahli sejarah seni Itali, Carla Glori, mendakwa dia telah membongkar siapa wanita dalam lukisan Mona Lisa, karya pelukis tersohor Leonardo da Vincci, lapor sebuah akhbar semalam.

Sejak berkurun-kurung lamanya, identiti dan senyuman Mona Lisa menarik minat pakar-pakar dengan pelbagai teori dikemukakan mengenai asal usul potret itu.

Berpandukan sebuah jambatan batu di belakang Mona Lisa yang tertera angka 72 jika lukisan itu dibesarkan, Glori berkata, jambatan itu melintasi sungai Trebbia di Bobbio, berhampiran Piacenza, utara Itali.

"Setelah beberapa abad berlalu, bentuk muka bumi tempat itu telah banyak berubah tetapi jalan berliku dalam latar belakang Mona Lisa masih jelas di Bobbio," kata Glori.

Menurutnya, wanita dalam lukisan itu ialah Bianca Giovanna Sforza, anak perempuan Ludovico il Moro yang merupakan bangsawan yang mentadbir Bobbio 500 tahun lalu.

Glori berkata, dua huruf yang ditemui dalam mata Mona Lisa pada bulan lalu adalah S dan G iaitu singkatan untuk nama Bianca.

"Kemungkinan besar Da Vinci melawat Bobbio kerana perpustakaan di tempat itu terkenal dan dia melukis lukisan itu berpandukan ingatannya kemungkinan ketika dia menetap di Perancis beberapa tahun kemudian," katanya. - Agensi

sumber : kosmo online

New IRB boss eyes record

Checking-out: Hasmah (right) punching-out for the last time at the
IRB office with Shukor (left) looking on Friday. — Bernama
KUALA LUMPUR: Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar, who has just been appointed Inland Revenue Board (IRB) chief executive officer and director-general, wants to break the tax collection record of RM90.7bil in 2008.
Dr Shukor, who assumes the post after his predecessor Tan Sri Hasmah Abdullah retired yesterday, said stable global and domestic economic conditions would help boost collection as taxpayers would be better off financially.
“We want the cooperation of taxpayers, as they are paying for national development.
“They should not see it as a burden but as a responsibility,” he said after Hasmah handed over duties to him in a ceremony here.
Dr Shukor, who was Hasmah’s deputy, said he did not want people to fear the IRB but instead find it a customer-friendly agency.
Hasmah, who became IRB CEO and director-general in October 2006, retired yesterday after serving the agency for almost 38 years.
On her way to becoming the longest-serving IRB officer, Hasmah pushed for electronic tax assessment and payment, and last year, the IRB won the inaugural Prime Minister’s Innovation Award.
The IRB broke the tax collection record in 2008 with RM90.7bil, compared to RM88bil in 2009.
“From 2008 to 2010, the collection dropped 2%, but we still exceeded the target set by the Government by 4%,” she said.
On her retirement, Hasmah said it was like leaving a family, adding that she would take a break before making any future plans.
Sumber: The Star

Isnin, 10 Januari 2011

Kecoh Facebook akan ditutup 15 Mac depan


PALO ALTO, California - Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: "Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak."

"Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya," kata @jjelksboss melalui Twitternya.

Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: "Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?"

Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti.

Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.

"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.

Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik." "Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.

Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.

"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.

Bagaimanapun, akhbar International Business Times melaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut.

Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham. - Agensi

Sumber: kosmo online

Jumaat, 7 Januari 2011

Bloglist 2011 onceitalk.com


Berminat untuk tersenarai dalam bloglist onceitalk.com?
Jom ramai-ramai pakat terjah blog dia untuk maklumat lanjut. klik sini

Kecoh watak Islam dalam Batman

PARIS 6 Jan. - Batman yang selama ini bertarung memerangi kejahatan kini berhadapan dengan kemarahan penulis blog berhaluan kanan di Amerika Syarikat (AS) yang berang dengan tindakan komik itu 'mencipta' watak seorang Islam sebagai rakan Batman bagi memerangi jenayah di Paris.
"Watak rakan Batman itu ialah Bilal Asselah, seorang pendatang berketurunan Algeria berfahaman Sunnah yang secara fizikalnya sihat dan mahir dalam sukan gimnastik, parkour.
"Nampaknya Batman tidak menemui orang Perancis untuk dilatih menjadi 'Penyelamat Perancis'," kata penulis blog berhaluan kanan, Todd Huston pada laman blognya, Publius Forum.
Dalam edisi DC Comics, Detective Comics Annual dan Batman Annual pada Disember lalu, Batman memutuskan untuk menubuhkan Batman Incorporated dan melatih seorang superhero untuk ditempatkan di bandar raya seluruh dunia bagi memerangi jenayah.
Hero yang dipilihnya di Perancis itu digelar sebagai Nightrunner berusia 22 tahun berasal dari sebuah bandar kecil di Paris, Clichy-sous-Bois di mana pergolakan di bandar itu mencetuskan rusuhan di daerah-daerah yang didiami pendatang di seluruh Perancis pada 2005.
Dalam komik itu, Bilal, yang juga merupakan seorang warga Perancis ditangkap dalam pergolakan itu dan pada satu insiden, dia dan rakannya dipukul oleh polis yang tersilap kerana menyangka mereka sebagai perusuh.
Rakan Bilal kemudiannya bertindak balas dengan membakar sebuah balai polis dan akhirnya dibunuh oleh polis.
Bilal menumpukan perhatian kepada parkour, satu bentuk akrobatik di mana pengamalnya melompat dari bangunan-bangunan dan melepasi dinding-dinding seperti dalam filem James Bond Casino Royale.
Namun di AS, penulis blog berhaluan kanan berang kerana DC Comics mewujudkan watak superhero baru beragama Islam dalam komik mereka itu. - AFP

Sumber: Utusan Malaysia Online

Khamis, 6 Januari 2011

Petua Murah Rezeki

Tahun baru kalendar islam sebulan dah berlalu, kalender orang putih 6 hari baru berlalu. Masing-masing dah membuat hajat yang ingin dipenuhi, sebelum tu jom baca petua murah rezeki:-
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
panjang sangat.. bersambung
Kredit:http://ohislam.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...