VIP

Isnin, 28 Februari 2011

Bloglist Anastasyea Bulan Mac 2011


Nak masuk senarai bloglist anastasyea bagi bulan mac 2011? klik sini

Ahad, 27 Februari 2011

Terjunan Panorama KLCC

Jam KLCC menunjukkan jam 6:36 petang. Langit gelap seperti nak hujan.


 Mari mulakan terjunan ye kakak & abang...






 Dan akhirnya terdampar kepenatan...

Khamis, 24 Februari 2011

Breakdown di Lebuhraya

Sejak aku mendapat lesen kelas D, 13 tahun dahulu dan memandu kereta sendiri sejak 9 tahun dahulu, ini adalah kali pertama kereta aku rosak dilebuhraya. Pengalaman pertama pasti menyukarkan kerana kita tidak pernah melaluinya dan tidak pasti apa tindakan yang perlu dibuat. Walau bagaimanapun pengalaman accident dulu, memberi aku sedikit petunjuk bagaimana untuk menghadapi situasi seperti ini. Mungkin aku akan buat satu entry bagaimana melalui situasi kemalangan jika berkesempatan.

Memang tak disangka sebab kereta baru diservis dan servis memang sentiasa dibuat di pusat servis Toyota. Ini pertama kali Zaza meragam. Orang kata kereta akan mula buat hal apabila melepasi usia 5 tahun, sebab tu ada orang tukar kereta apabila usia dah mencapai 5 tahun. Kalau tak silap, dasar kerajaan Jepun, kereta perlu diganti setiap 5 tahun sekali (tak pasti). Sebabnya mungkin untuk elak situasi seperti ini dan untuk merancakkan antara industri utama mereka iaitu automative.

Jam menunjukkan 11 malam, lagi setegah jam akan sampai ke destinasi iaitu Kuantan, Pahang, tiba-tiba suasana menjadi sunyi sepi, kabus mula menyelimuti pandangan, kesejukan terasa sehingga ke sum-sum tulang. Satu kelibat putih melintas dihadapan dengan pantas, menyebabkan aku tersentak dan menjerit ketakutan. Opss, salah tajuk, ulang semula, tiba-tiba bila hendak tukar ke gear rendah, gear macam susah nak masuk. Disebabkan itu kereta terpaksa diperlahankan dan lantas diberhentikan. Emergency light dipasang untuk memberi amaran kepada pengguna lebuhraya yang lain. Bila enjin dihidupkan semula dan gear satu dimasukkan, Zaza terus tak mahu jalan. Sah mungkin ada kaitan dengan gear atau clutch.
Salah seorang penumpang yang bersesak-sesak dalam kereta selepas menumpang kereta lain

Perkara yang mungkin berguna untuk dikongsi ialah pastikan anda menyimpan nombor telefon insurans auto assist dalam kereta, macam aku pakai Etiqa insurans. Kalau macam Toyota dorang ada auto assist sendiri. Khidmat Toyota auto assist adalah percuma  jika nak tow kereta anda ke pusat servis Toyota. Jangan segan silu telefon sebab dorang ni memang prihatin dan sangat baik hati membantu anda yang dalam kesusahan. Kalau Toyota assist tu dia akan followup anda sehingga kereta sampai dipusat servis walaupun jam dah menunjukkan 2 pagi. Excellent! tapi itu memang sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk memberikan khidmat terbaik.

Kereta kami rosak 500 meter sebelum sampai tol Gambang. Dari kejauhan, plaza tol menggamit pandangan. Baru ku tahu bahawa kalau kereta rosak dalam kawasan lebuhraya, maka pihak lebuhraya yang bertanggungjawab untuk tunda kereta anda dan khidmat tow tersebut adalah percuma (FOC). Kereta kami ditunda sehingga melepasi tol, selepas itu baru tow truck pihak insurans atau Toyota yang ambil alih. Disebabkan kami nak baiki kereta dipusat servis Toyota, maka auto assist pihak Toyota yang bantu. Kalau tak mungkin kami perlu guna auto assist pihak insurans.

Tidak dinafikan khidmat Toyota servis memang baik, terutamanya kalau anda nak servis kereta anda secara berkala tu, tapi kalau melibatkan kerosakan dan ada part kereta yang perlu diganti amatlah mengecewakan aku, selalu ambil masa melebihi satu hari. Pengalaman aku termasuk kali ni, dah 2 kali kereta aku perlu bermalam untuk ganti part yang rosak. Biasanya jawapan mereka adalah part perlu diorder dari HQ, esok lusa baru sampai.

Eh, kali ni mana kami ada masa, kereta rosak hari Sabtu, Ahad cuti hari minggu, Isnin baru nak order barang, Selasa cuti Maulidur rasul, Rabu mungkin baru barang sampai dan mungkin hari Khamis kereta siap? Huh? Khamis baru siap? Esok dah nak balik KL, Isnin kerja, mana ada aku apply cuti. Memang tak boleh jadi, maka kami pun mengambil keputusan sebulat suara untuk baiki kat bengkel luar. Hari tu jugak siap, petang dah boleh guna kereta. Fuh lega.

Rupa-rupanya bearing clutch pecah, yang menyebabkan clutch disk patah!

Sabtu, 19 Februari 2011

Benzene : Bom Jangka Kereta

Padanlah ramai yang mati akibat kanser mutakhir ini. Kekadang kita bertanya daripada mana puncanya penyakit ini. Disini saya sebut contoh yang memberi kita kefahaman tentang sumber kejadian kanser ini. Ramai diantara kita akan memasuki kereta diawal pagi, dan keluar kereta dilewat malam, tujuh hari seminggu.
Kereta adalah rumah kedua kita. Tetapi kita tidak menyedari "bom-jangka" yang menunggu kita. Hanya dengan sedikit langkah pencegahan yang terlalu mudah, kita boleh menghindarkan diri daripada "bom-kanker" ini. Sampaikanlah maklumat ini kepada seramai yang mungkin, ia mungkin menyelamatkan ramai kawan-kawan kita. Masih belum terlambat untuk kita berbuat perubahan!
Tolong jangan pasangkan pendingin kereta sebaik sahaja kamu memasuki kereta. Sebaik memasuki kereta, bukalah pintu (dan/ atau tingkap) untuk beberapa minit.
Mengikut satu kajian, dashboard kereta, sofa dan pewangi mengeluarkan Benzene, toksin penyebab kanser (carcinogen - cuba kamu ambil sedikit masa dan hidu bauan saperti "plastik terbakar" didalam kereta).
Selain daripada penyebab kanser, Benzene juga meracuni tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Pendedahan berpanjangan kepada Benzene akan menyebabkan leukemia, meningkatkan risiko kanser. Ianya juga boleh menyebabkan keguguran janin.
Kadar Benzene yang boleh diterimapakai secara indoor (dalaman) adalah 50mg sekaki persegi. Kereta yang diparkir secara indoor (berbumbong) dengan cermin yang tertutup mengandungi 400-800mg Benzene.
Jika diparkir di luar, di bawah sinar matahari pada suhu 60 darjah Fahrenheit, kadar Benzene di dalam kereta itu meningkat mendadak ketahap HK +852 20004000mg, 40 kali melebihi tahap yang boleh diterima.
Mereka yang memasuki kereta, dengan cermin tingkap yang tertutup sudah pasti akan menghidu, dengan kadar kecepatan yang segera, jumlah toksin yang melampau banyaknya!
Benzene adalah toksin yang boleh merosakkan buah pinggang dan paru-paru. Dan yang lebih serius, tubuh kita menghadapi masalah yang sukar untuk membuang toksin ini.
Jadi kawan-kawan, langkah pencegahannya mudah sahaja. Tolong buka pintu dan cermin tingkap kereta anda seketika sebelum masuk - dan berikan sedikit masa untuk udara maut dalaman kereta dikeluarkan.
Selain tu elakkan guna pewangi kereta, apatah lagi dalam keadaan tertutup dengan air-condition. Ada sesetengah orang dapat migraine sebab pewangi kereta, bila dah tak pakai, migraine pun berkurangan. Kalau nak wangikan kereta pun, pakai cara kampung iaitu guna daun pandan, pintal-pintalkan dan letak dalam kereta. Bau kereta hilang, dan kita dapat pewangi asli lagi mesra-bio.

diolah & kredit : zul4kulim.blogspot.com

Alternatif lain, gunakan biozone car sterilizer, jaminan setahun dan boleh digunakan selama 2 ke 3 tahun, Klik sini untuk info lanjut.

Rabu, 16 Februari 2011

E-banking Scams On the Rise



PETALING JAYA: Scams targeting electronic banking have increased drastically in the country, with the number more than doubling over the past year.

A total of 1,426 reports were made to CyberSecurity Malaysia last year compared with 634 in 2009.

Those who fell for these scams were usually new Internet banking account holders and those who lacked a general understanding of Internet security.

CyberSecurity Malaysia CEO Lt-Col (Rtd) Husin Jazri said the trap was to trick Internet banking account holders into revealing their online banking username and password.

He said the first step was to despatch e-mails to account holders informing them of a “hitch” in their accounts, and that they should immediately log in to the account to verify some information.

“They are then asked to click on a link in the e-mail, which leads the user to a fake website which is identical to an e-banking corporate website.

“These fake websites are also known as ‘phishing’ sites.

“The websites are used to mislead users into logging in by entering their usernames and passwords, which are immediately copied by the creator of the site.

“The cyber criminal can then log in and empty the users’ entire account in minutes if the amount is within the limit allowed to be transferred in a day,” he pointed out.

Lt-Col Husin attributed the rise in Internet banking scams to the increasing popularity of online banking among Malaysians.

He said CyberSecurity Malaysia had identified at least 900 unique phishing sites targeting financial institutions in the country, adding that it was quite easy for crooks to obtain personal information, usernames, passwords or credit card information through the phishing websites.

“Phishing or identity theft only happens when Internet users share their online banking information which is not meant to be shared in the first place,” he explained, stressing that it was crucial for e-banking users to be aware of online security measures.

CyberSecurity Malaysia is positioned as the national cyber security specialist under the Science, Technology and Innovation Ministry, and operates the Cyber999TM Help Centre for local Internet users.

It also provides safety tips, advisories and specialised services in the fields of cyber security such as digital forensics and wireless security.

Lt-Col Husin advised users who received such e-mails to forward them to
cyber999@cybersecurity.my.

Sumber: Star Online

Contoh emel yang menipu seperti di sini. Kenapalah tak boleh nak forward pulak emel tu ke cyber999@cybersecurity.my. Yahoomail kata emel yang nak forward tu seperti spam, apahal masa terima tak boleh nak kesan sebagai spam?

Rabu, 9 Februari 2011

Eksklusif: Roh Merayau di A Famosa

Perkara biasa yang dilakukan oleh setiap orang apabila bercuti ke sesuatu tempat adalah mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Ini adalah gambar biasa yang diambil oleh seorang pemuda untuk koleksi peribadi dengan menggunakan kamera telefon bimbit jenis Sony Ericsson. Oleh itu kualiti gambar adalah kurang memuaskan. Gambar ini belum dikongsikan dengan mana-mana pihak tetapi hanya dikongsi dengan ahli keluarga terdekat sahaja. Oleh itu gambar in tidak pernah diedit, discan mahupun disuper impose.


Gambar ini diambil sekitar hujung tahun 2009, tepi sungai bersebelahan dengan meriam-meriam lama yang terletak di depan A Famosa, Melaka. Memang nampak biasa dengan tiba-tiba ada biasan budak melintas dihadapan. Anak sapa lah tu? Eh, nanti sekejap, menurut pemuda tersebut dia pasti 101% tiada sesiapa melintas dihadapannya semasa gambar diambil dan perkara tersebut diakui oleh si tukang penangkap gambar. Mahu tak meremang bulu roma bila melihat semula imej yang dirakam, maklumlah waktu tu memang sudah senja dalam sekitar jam 7 petang. Lihat imej dalam bulatan merah, kenapa nampak kabur? Adakah imej bergerak terlalu pantas sehingga pemuda dan jurugambarnya tidak menyedari sesuatu sedang melintas? Tapi pemuda tu kata dia sangat pasti tiada orang sekitarnya ketika gambar diambil!


Kalau betul pun ini kelibat budak sedang melintas, takkan pemuda tersebut tak perasan mak bapaknya sekali. Tak logik kalau budak ni sorang-sorang jer kat situ melainkan dia juga makhluk tuhan yang secara tidak sengaja tertangkap gambarnya melalui lensa kamera yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita. Kejadian seperti ini iaitu imej entiti dirakam secara tidak sengaja bukan pertama kali berlaku, malahan pernah terbit dalam berita, gambar di internet dan ada filem pun telah dibuat berkenaan kejadian mistik tersebut. Jika dinilai dari segi lokasi iaitu bersebelahan meriam lama di kota A Famosa, tempat sebegini memang mempunyai sejarah dan nostalgia yang tersendiri. Dengan kata lain tempat ini memang amat disukai oleh makhluk halus (berdasarkan pembacaan). 


Jika menurut pandangan mata aku yang kabur ni, anda nampak tak kelihatan seperti sepasang tanduk warna merah? atau ia hanya sebahagian daripada komponen meriam? Sila anda terbeliakkan mata dan melihat kepada 2 anak panah putih untuk melihat bentuk seperti sepasang tanduk warna merah itu. Ini pandangan mata kasar aku je, korang mungkin boleh menilai sendiri dengan pandangan mata kasar masing-masing sampai naik juling mata tu ok! Tajuk di atas itu pula adalah pandangan peribadi aku sahaja. Kalau ada yang pandai  membuat penilaian atau ingin menguji keaslian gambar dan sebagainya, sila kaji dan buat nilaian anda sendiri. Apa yang pasti Allah maha mengetahui, dan kita perlu tahu bahawa bukan kita sahaja yang ada atas dunia ni, makhluk Allah yang lain juga ada.


p/s: pemuda yang dimaksudkan dalam gambar di atas adalah brother in law aku, Hanif. Berumur 36 tahun. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer. Kini menetap di Petaling Jaya dan bekerja sebagai senior eksekutif di sebuah syarikat swasta yang ada kaitan dengan Kementerian Kewangan.

Selasa, 8 Februari 2011

Bloglist Terjah Bangku Kosong


Nampak tak gambar atas tu? Kliklah kalau berani.

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI



SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Seribu blog? banyak tu, tapi tak mustahil dapat dikumpul oleh BA dalam tempoh singkat! Klik gambar untuk turut serta.

Maybank 2 Demm


Aku terima e-mel ini pada hari isnin lepas, termasuk emel ni dah hampir sepuluh kali dapat emel yang lebih kurang sama. Pihak berkuasa atau bank seharusnya menangani perkara ini dengan tegas. Dengan kata lain sila kesan penipu ini sehingga tertangkap supaya tiada yang menjadi mangsa. Walaupun dah dihebahkan dalam berita, tetap masih ada yang terpedaya. Sila nilaikan sendiri, real or fake?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, February 7, 2011 7:30:29

Important - Resolve issues on your account

From:
Maybank Customer Care <Customercare@maybank2u.com.my>Add
To:



Dear valued customer,
After our routine maintenance and server upgrade, your Maybank2u
online access could not be verified with your profile and this must
be resolved immediately otherwise, your account could be suspended

click on

Resolve immediately to restore your access online

Important: TAC will be required to complete verification.

Maybank Customer Service

* #M2U1021

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau aku tak klik resolve immediately tu karang tak pasal-pasal akaun bank aku kena gantung! Takut aku

Rabu, 2 Februari 2011

Bercanda di Tepi Pantai

 Cikgu aku kata kalau nak recharge balik, elok pergi ke pantai, sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.


 Menikmati pemandangan pantai dari pelantar tinjau. Angin bertiup kencang, hari nak hujan


 Eh bilalah ibu aku nak lepaskan aku ni, man.. man lah kalau bergambar tu


Yahuuu.. aku bebas.. i'm freeeee



 Bercanda di pasiran pantai, kita berdua memadu asmara...


Kutuk aku nyanyi ye.. nah ambik kau debushhh


Nyamannye udara tepi pantai ni, syokkkk amat gitu..


Anak kapal semua, kita dah jumpa Pulau Batu Tengkorak Hang kat sana.. yeyeh

Lokasi: Kemaman, Terengganu Darul Iman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...