VIP

Jelitaku-MK

Isnin, 25 April 2011

Isteri anda bukan pembantu rumah!



Tugas menjaga dan mendidik anak juga seharusnya dibuat bersama
 RUMAH tangga pada hari ini rata-ratanya dibina oleh suami dan isteri yang masing-masing mempunyai kerjaya tersendiri.
Setelah seharian di tempat kerja, kepenatan adalah sama. Maka, tidak sesuai jika hanya isteri yang bertungkus-lumus seorang diri di rumah. Andai si isteri menjawat status suri rumah sepenuh masa sekali pun, bukan bererti si isteri tidak berhak dibantu si suami.
Maklumlah, kepenatan menguruskan rumah tangga sebenarnya lebih penat berbanding kerja harian di pejabat. Malangnya, tidak ramai suami yang bersedia membantu kerja-kerja rumah. Jangan bimbang, setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian. Ini bererti si suami boleh diajak untuk turut serta membantu kerja-kerja anda di rumah.
Mohon bantuan sejak awal kahwin
Perkara paling utama adalah dengan meminta bantuan suami sejak awal perkahwinan. Insya-Allah jika sejak mula anda telah membiasakan suami untuk membantu anda, tidak akan ada masalah lagi di belakang hari.
Masalahnya, ramai isteri yang hendak tunjuk hebat pada awal perkahwinan. Semua dia hendak buat hinggakan suami mahu menolong pun tidak dibenarkan. Apabila sudah lama berkahwin dan memiliki anak-anak, suami yang sudah terbiasa akan order sahaja. Sukar untuk mengubah perangai.
Saya faham dan tahu niat baik anda iaitu untuk menjadi seorang isteri yang solehah. Jadi, saya tidak melarang malah saya sokong tapi kenalah bijak mengatur cara. Mungkin pada awal usia perkahwinan, nilai cintanya masih tinggi. Tidak mungkin pada waktu itu hendak ‘melenting’ kerana disuruh buat kerja-kerja rumah.
Padahal semua kerja-kerja tu adalah kerja-kerja biasa yang juga dilakukan oleh seorang lelaki bujang, bukan? Ingat! Mempunyai isteri bukan bermaksud anda mempunyai pembantu rumah.
Minta suami menemani ketika melakukan kerja rumah
Cara paling baik untuk minta suami menolong anda adalah dengan meminta suami menemani ketika melakukan kerja-kerja tersebut. Sebagai contoh, ketika sama-sama penat sampai ke rumah daripada tempat kerja, ajaklah suami temankan anda di dapur untuk memasak.
Mungkin suami anda akan mengelak sebab hendak rehat sambil membaca akhbar atau menonton televisyen. Jangan marah dulu. Pujuk dengan lembut. Anda boleh beritahu bahawa ada cerita menarik yang anda mahu kongsi dengannya ketika itu juga. Jika itu alasan anda, pastikan anda benar-benar mempunyai cerita menarik.
Cuba biasakan lakukan kerja-kerja rumah di depan matanya agar dia tahu betapa kalutnya anda! Jika anda hendak lipat baju, bawa baju-baju tersebut ke tempat suami anda berada seperti di depan televisyen. Dalam anda melakukan kerja-kerja tersebut, luahkan rasa penat anda dan luahkan juga keseronokan anda jika suami anda dapat membantu.
Luahkan keseronokan jika dibantu suami
Jika suami masih pura-pura tidak dengar, ketika inilah anda perlu cakap terus-terang, minta suami anda membantu anda. Hendak meminta suami bantu anda pula, kenalah secara berhikmah. Ingat! Jangan mendesak atau mengarah!
Suami memang pantang menerima arahan isteri. Sebaliknya mulakan dengan perkataan ‘tolong’ dan ucapan dalam nada yang lembut, seakan-akan merayu. Kalau guna perkataan tolong tapi dengan nada yang keras, takkan berkesan. Bimbang nanti anda pula ditempiknya.
Kepada isteri yang telah terbiasa melakukan segalanya seorang diri, jangan bimbang kerana anda boleh memulakannya daripada sekarang.
Cara paling baik adalah dengan mencari masa yang sesuai dan luahkan hasrat hati anda. Katakan padanya betapa anda seronok jika dia dapat bantu anda uruskan rumah tangga seperti pasangan lain yang sudah lama melakukannya. Jika cubaan pertama gagal, cuba lagi bila-bila dan jangan putus asa.
Amalkan surah al-Insyirah
Pada masa yang sama, berdoa minta Allah lembutkan hati suami. Boleh amalkan bacaan Surah al-Insyirah sebagai doa pelembut hati.
Ketika memasak atau sediakan minuman, bacalah ayat-ayat tersebut sambil niatkan di dalam hati agar suami mahu membantu anda. Isteri suri rumah sepenuh masa pun boleh cuba lakukan yang sama.
Sekurang-kurangnya suami membantu anda waktu hujung minggu, dapat jugalah sesekali anda beristirehat.
Kepada para suami, tugas menguruskan rumah tangga dan anak-anak bukanlah tugas dan tanggungjawab isteri anda sahaja. Lakukanlah bersama-sama, insya-Allah akan bertambah semarak cinta.
sumber: kosmo

Jumaat, 22 April 2011

Projek Tepi Fail Bergambar

Nak buat ni senang dan mudah dan fail anda akan nampak tersusun dengan cantik. Mula sekali cari gambar poster yang menarik atau disukai, contoh macam kat bawah ni.


Step kedua, lipat gambar tu ikut ukuran kertas pada tepi fail tu. Keluarkan kertas dari tepi fail dan ukurkan kepada gambar. Nampak tak kertas putih bertulis ABBA tu?

Last sekali, masukkan gambar yang dah digunting ikut lipatan yang dibuat tadi ke tepi fail. Dah siap, senang hingga budak2 pun boleh buat. hehehe. Cantik tak?... cantik tak?

Isnin, 18 April 2011

Aktiviti Berbasikal Makin Popular

Masa kecil dulu duduk di kampung, nak main basikal memang tak jadi masalah, keselamatan masih terjamin. Tapi sekarang ni kat bandar, nak lepas anak main memang tak boleh. Depan rumah ada jalan dan kereta lalu lalang dengan laju walaupun dalam kawasan perumahan. Baru-baru ni kat Klang terjadi kes budak dilanggar oleh jiran  ketika bermain basikal depan rumah. Sungguh sedih dan menyayat hati. Takziah kepada keluarga kanak2 tersebut. Oleh itu sebagai langkah keselamatan, anak-anak hanya dibenar bermain dalam rumah atau membawa mereka dan basikal mereka ke taman rekreasi untuk bermain basikal.
 
Photographer lupa nak fokus pada coach sekali. Memang amatur



Setelah ditegur barulah coach dapat bergambar sekali

Size does not matter

Kalau tengok sekarang ni, golongan remaja dah menukar kepada trend berbasikal berbanding dulu suka naik motor dan merempit. Semoga lebih ramai lahir Azizul Hasni yang bakal menggegar arena berbasikal dunia. Tahniah Azizul Hasni Awang. Kami adalah antara rakyat Malaysia yang kagum dengan pencapaian dan menyokong anda.

Isnin, 11 April 2011

Dosa Kita Mengatasi Kesalahan Anak-anak

Artikel ini diterima melalui emel, setelah disemak, artikel ini adalah berasal-usul dari Saifulislam.com, dikongsikan semula untuk ingatan kepada diri sendiri :-


Saya sentiasa berasa malu apabila membaca kisah keluarga Stephen Covey. Profesyennya sama seperti saya. Kami selalu out station untuk memberikan training. Jadual kami ketat. Tetapi Stephen Covey, mempunyai 9 anak dan dia tidak pernah terlepas daripada menghadiri majlis dan peristiwa yang penting berkaitan dengan anak-anaknya. Bukan suatu yang mudah untuk seorang American membesarkan 9 anak. Saya yang dua ini pun sudah pening kepala.

Sebab itu jugalah saya tidak suka memarahi anak-anak dengan tengking dan leteran. Lagi banyak kita menengking, lagi cepatlah bisanya hilang. Saya tidak percaya kepada pendekatan marah sebagai teknik default menegur kesalahan anak. Berapa ramai yang menjadi baik hasil siri marah di sepanjang usia membesarnya? Apa yang pasti, anak yang selalu dimarahi akan menjadi pemarah dan kemudiannya bakal memarahi anak-anaknya pula suatu hari nanti. Ingat, anak kita mungkin gagal mengikut kata-kata kita, tetapi mereka tidak akan gagal meniru perangai dan tingkah laku kita sebagai ibu dan bapa. Jika anak kita buruk kelakuan, jangan cari sebab yang jauh. Anak-anak adalah cermin wajah ibu dan bapa mereka.

Ya memang marah itu perlu, tetapi ia bukan pendekatan harian saya. Saya lebih suka bercakap dengan anak-anak dan cuba memahamkan mereka kenapa satu-satu perbuatan itu betul atau salah. Jika Saiful Islam naik angin, saya akan tangkap dia dan mandikan agar ‘sejuk’, kemudian saya ke bawanya ke bilik dan kami berdialog.

Biar pun soalan anak-anak bertali arus dan kekadang berpusing ke belakang, saya sentiasa setia melayan. Rasa marah atau letih, rasa mengantuk atau sengal badan, semuanya diketepikan dan saya mesti mendengar isi bualan yang ingin dikongsi oleh Saiful Islam dan kini Naurah juga. Biar pun isunya hanya soal kad Grandsazer dan Kamen Rider. Itulah wasilah saya mendengar dan menunjukkan kasih kepada anak-anak.

Namun punca sebenar yang menjadikan saya tidak tergamak untuk memarahi anak saya, ialah kerana saya rasa berdosa kepada Allah terhadap mereka. Malah kesalahan anak-anak saya yang belum mumayyiz dan tidak aqil baligh ini kepada saya dan ibu mereka, tidak terbanding dengan dosa saya dan isteri terhadap mereka.

Masakan tidak. Saya telah memilih isteri yang solehah dan sebahagian cita-cita saya, agar akhlak mahmudah isteri akan tumpah kepada anak-anak suatu hari ini. Saya percaya, ramai dari kalangan kita yang melakukan perkara yang sama. Pendidikan anak-anak bermula dengan memilih ibu yang baik untuk mereka.

Tetapi tumpahkah solehah isteri kepada anak-anak? Turunkah baik saya kepada anak-anak? Sukar untuk menjawab soalan ini kerana orang sebenar yang membesarkan anak-anak hari ini, adalah guru di tadika atau pembantu rumah Indonesia. Alhamdulillah jika yang Indonesia itu orangnya baik, bersolat dan menjaga batas-batas agama. Bagaimana dengan yang berpembantu rumah seorang penyembah berhala dari Myanmar, Thailand atau Filipina.

Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika saya sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?

Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu rumah, guru nursery, dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana? Jawapannya mudah sahaja, SIBUK BEKERJA.

Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf lembu membesarkan anak-anaknya. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus. Apa yang paling utama adalah soal jumlah masa yang kita luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?

Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain. Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita.

Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak, lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita. Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup kasih diberi.

Seandainya saya memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan, janganlah heret saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab kepada anak-anak, anda juga sama. Anak-anak dan isteri saya, adalah mad’u pertama saya.

Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh, kita singgah di Tapah untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh. Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada mudarat.

Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari Tarbiah dan didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA.

Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.

Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda Kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi?

Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, you get back!

Jumaat, 8 April 2011

Kursus di Berjaya Hill

Gambar-gambar ketika berkursus:-














Saham Bank Rakyat 2 Billion

Pagi tu aku nampak budak2 ofis sibuk fotostat dan isi borang ramai-ramai. Apa yang kecoh sangat tu, pastu masing-masing pulak mintak cuti, atau ambik time off nak pergi bank. Rupa-rupanya Bank Rakyat dah bukak kepada ahli untuk beli saham. Bank rakyat ni kan koperasi. So nak beli saham dia kena jadi ahli. Setiap orang boleh beli saham RM500, kalau nak lebih kena apply dan bergantung kepada kelulusan HQ.

Kenapa orang nak sangat saham Bank Rakyat ni? Sebabnya pulangan dividen 15% dari dulu hingga sekarang. Kalau anda beli saham berjumlah RM10,000, maka dividen setahun yang akan dapat adalah RM1,500. Paling tinggi jika dibandingkan dengan saham amanah. Tetapi tu kalau dapat saham RM10,000 lah, setakat ni boleh dapat RM500, kalau nak lebih tu yang tak pasti boleh dapat atau tak. Kerajaan dah lulus tambahan modal saham sebanyak RM2 billion. Harap-harap ada peluang untuk tambah lebih lagi.

Ramainya orang beratur menunggu bank dibuka

Ini caw bank ketiga pergi, sebab 2 caw lain, tiket dah habis

Isnin, 4 April 2011

Gagal Itu Biasa, Terus Berusaha Adalah Luar Biasa

Maksudnya disini ialah kita haruslah sentiasa berusaha walaupun menghadapi kegagalan kerana sikap terus berusaha itu adalah luar biasa kerana tidak ramai mampu bangun kembali setelah tersungkur.

“Fail is ordinary, but keep striving........ is extra-ordinary!"

'You Have Failed, Please Die'...janganlah kita mempunyai sikap sebegini yang mudah berputus asa. Selepas sesuatu kegagalan akan bermulanya suatu kecemerlangan. Tiada kecemerlangan tanpa kegagalan dan tiada kegagalan yang tidak boleh membangun manusia untuk menjadi cemerlang. Jadi jangan takutkan kegagalan. Bak kata Billi Lim (seorang pakar motivasi), 'Dare To Failed', berani menghadapi kegagalan untuk mencapai kecemerlangan. Kegagalan bukanlah pengakhir suatu kehidupan.
"Failing in the past does not mean you are going to fail in the future".

Jadi mari kita berusaha mencapai kecemerlangan bersama-sama.

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan. Rasa takut bukanlah untuk dinikmati, tetapi untuk dihadapi. Bila kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekhawatiran untuk masa depan, kita tak memiliki hari ini untuk kita syukuri.

Jumaat, 1 April 2011

Tukar Link


Jom pakat tukar-tukar link. Mudah jer.

1. Tinggalkan link anda pada komen
2. Masukkan link blog saya sebagai bloglist anda.
3. Saya akan masukkan link blog anda sebagai bloglist saya

Adilkan? Apa lagi.. jomlah tukar link cepat.

Action Figure & Kartun


Kakak mintak masukkan dalam blog sebab dia kata dia susun mainan ni dengan sangat cantik.

Hah.

Layan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...