VIP

Selasa, 17 Mei 2011

Petua murah rezeki dan dijauhi kesulitan

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Begitu juga celakanya persahabatan sekiranya dikalangan mereka saling tidak berteguran. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Anda ingin beramal soleh...? Tolong kirimkan kepada rakan-rakan Muslim lainnya yang anda kenal.

Khamis, 12 Mei 2011

Kisah Pokok Epal



Ingatan

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Teladan

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok, memetik dan memakan epal sepuas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki itu begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain denganmu" jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.
"Marilah bermain-main di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan buat keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.
Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.
Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.
“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batangku ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epalitu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.
"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.
"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tidak bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.
"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.
Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Pengajaran

Sebenarnya, pokok epal itu adalah seperti ibu-bapa kita.

          Ketika masih kanak-kanak, kita suka bermain dengan mereka.
          Ketika meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup.
          Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan.
          Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan     melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.

Ahad, 8 Mei 2011

Sambutan Hari Ibu


Bagaimana Hari Ibu boleh dirayakan?
Mungkin ramai daripada kita yang telah melakukannya,
namun berikut beberapa cara untuk merayakannya? Padahal Islam mewajibkan kita meraikan ibubapa setiap hari.

         Ziarahlah ibu bila ada kesempatan. Sebelum kamu terpaksa menziarah pusaranya...
         Kirimkan ibu walaupun lima puluh ringgit. Namun wang bukan impiannya, hanya ingatan jadi taruhan
         Andai ibumu telah pergi.. kamu juga SANGAT beruntung kerana  anak yang soleh selalu berpeluang mengirimkan doa untuk ibunya!
         Hubungilah ibu hari ini, jangan tangguhkan ke hari esok, kerana esok belum tentu


Pimpinlah tangan IBU semasa IBU masih boleh berjalan bersama-sama,
Renunglah mata IBU semasa IBU masih lagi boleh melihat,
Berbuallah dengan IBU semasa IBU masih lagi boleh mendengar,
Berilah ucap sayang kepada IBU semasa IBU masih lagi boleh memahaminya..
Buat Semua Ibu…”SELAMAT HARI IBU

Jumaat, 6 Mei 2011

Bukan Sembarangan Insan



Pada hari Ahad Minggu Kedua Bulan Mei setiap tahun , Hari Ibu disambut oleh masyarakat seluruh dunia.  Tidak terkecuali di negara bertuah ini.
Persoalannya, di manakah anda menyambut Hari Ibu? Apakah hadiah teristimewa buat ibu yang melahirkan dan membesarkan  anda? Apakah hadiah paling romantis telah anda sediakan buat isteri yang melahirkan anak-anak anda?
Kisahnya

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku …ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu 

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu…Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ….. aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. …aku nak talipon Ibu
Selalu …aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Hingga saat ini…
           
            Ibu tak pernah merungut padaku
            Ibu tak pernah mintak padaku
Ibu….
Kaulah Ratu Hatiku…..

Patah Pujangga

“Syurga di bawah tapak kaki ibu”
“Tangan yang menghayun buaian boleh menggegar dunia”

“An angel could not ask for a higher mission; for in doing this work she is doing service for God"

"A mother is God's deputy on earth.“

“The distinctive duties of woman are more sacred, more holy, than those of man"

Pepatah Spanish "An ounce of mother is worth a pound of clergy"

Isnin, 2 Mei 2011

Coklat Putih

Satu coklat satu putih
Namun terbeza adunannya
Satu kecoh satu dingin
Tapi apa istimewanya
Dulu datang gerombolan
Di arak laksana maharaja
Kenapa kini hambar
Nasib pencacai agaknya
Dulu asak mendesak
Kini layu me-layu
Yang sikit diangkat raja
Yang banyak diketuk kepala
Apa punya rakus
Rakus kuasa dan tempat
Apa punya nasib
Nasib dah macam perempat
Apa punya bangsa
Bangsa dah jadi bangsat
Bangkitlah semula
Islam itu penyelamat

Hasil Nukilan
Aizat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...