VIP

Jelitaku-MK

Selasa, 8 Mac 2011

Zon Los & Faun

Cerita ni berlaku bulan febuari, tapi disebabkan kesibukan tugas pejabat, surirumah dan bisnes, maka tertangguh-tanguhlah nak posting. Bulan 3 hingga bulan 6 adalah bulan sibuk dan padat dengan jadual bagiku. Ok sambung cerita....

Siapa ada pengalaman tertinggal beg kat hotel, sila angkat tangan? Nampak tak aku pun angkat tangan nih? Maka terpaksalah aku cerita pengalaman tertinggal beg kat hotel. Hotel mana tu? Hotel The Zon, sebelah jer dengan KLCC. Katanya director hotel ni adalah Datuk K.
Cerita dia camni, semasa nak checkout dalam jam 11.45 pagi my hubby (encik A) kata, dia dah susun beg dan letak semua beg di muka pintu, kecuali 1 beg warna hitam yang mengandungi barang peribadi aku yang dia tak mahu usik, dan aku perlu kemas sendiri masih ada depan cermin dalam bilik.
Round pertama encik A angkut separuh daripada beg masuk dalam kereta. Second round dia dan beg bersama aku dan budak-budak pun turun untuk pulangkan kunci. Dia terus balik dengan budak-budak tapi aku stay hingga kol 5 kerana ada program yang belum habis.
Masa kat rumah, Jam 7 petang aku mencari beg hitam tu. Aku tanya encik A, tapi dia kata dia tak angkat pun beg tu dan dia andaikan aku dah angkat beg tu sendiri. Seingat aku, takde pulak angkat apa-apa barang kecuali dukung si Nadzmin. Sah beg dah tertinggal dalam bilik hotel.
Jam 8 malam, kami segera hubungi pihak The Zon untuk rujuk bahagian los & faun, tapi dorang kata beg tu takde kat bahagian tu. Kami mengandaikan beg tu mesti dijumpai oleh orang housekeeping, maka panggilan kami dirujuk ke Pengurusnya. Malangnya orang housekeeping pun tak nampak beg tu masa kemas bilik.
Kami amat yakin, beg tertinggal dalam bilik hotel, maka lebih kurang jam 10 malam, satu laporan polis telah dibuat bagi mengadu akan hal perkara tersebut. Dapat pulak kata-kata hikmat daripada pegawai penyiasat kes kami tu. "Masalahnya puan, beg tu hilang kerana kecuaian puan". Aku jawab " saya tau ini kecuaian saya, tapi kalau pekerja hotel tu jujur, beg saya takkan hilang!"
Keesokkan harinya Pengurus bahagian housekeeping Encik Rizalmi menghubungi aku dan berjanji akan melakukan siasatan dalaman .Dorang akan check CCTV dan sebagainya. Tapi aku dah tawar hati dan hanya berserah semoga beg tu ditemui semula. Tiga hari selepas tu, Encik Riozalmi call aku dengan membawa berita gembira, beg aku dah ditemui. Dia minta aku segera menuntut beg tersebut.


Apa-apa cerita disebaliknya takdelah menjadi hal kepada aku asalkan beg ditemui aku amat bersyukur. Terima kasih pihak The Zon Hotel, khususnya Encik Rizalmi kerana bersabar menerima aduan kami yang berapi-api dan berusaha mencari semula beg kami yang tertinggal. Maka dengan itu aku pun menarik semula laporan polis yang telah dibuat.


10 ulasan:

emarieys berkata...

Alhamdulillah...akhirnya dapat balik beg itu...

Mila@Rimbun berkata...

amboi... patutlah sengih ketelinga lepas tuh yer... nampaknya masih ada lg manusia yg berhati mulia disini..
ada apa2 hilang tak? lipstik keee...
lain kali buat final check up dulu before check out hehehe

ayeesha anna berkata...

kalo dah rezki mesti tak ke mana kan...ma aceh sbb visit blog mama. Keep in touch ya. ^__^

ayeesha anna berkata...

kalo dah rezki mesti tak ke mana kan...ma aceh sbb visit blog mama. Keep in touch ya. ^__^

Dda Ly berkata...

alhamdulillah, tuhan permudah kan urusan kamu kan..:)

meh ke rumah..

~saye masih mude lah!~

keep in touch ye..♥♥♥

siti norlaili yusof berkata...

alhamdulillah dapat balik kan.. lepas ni kena wat double check... :)

cik nur berkata...

hurm nasib baik jumpa maknanyer ada rezeki la tuh..lpe plak nk tanya pihak hotel jumpa dekat mana??

ibu qaleesya berkata...

lain kali hati2 ye kak.. hehe

azian berkata...

salam kenal...
kunjungan balas dr sy...
mintak maaf lambat singgah...byk kije...heheheh...awat la sampai boleh tertinggei beg yg cantik tuue...mujuq jumpa balik noo...alhamdulilah...ingatkan the zon kat jb...hehehe

rinie din berkata...

mamaema: alhamdulillah.. masih ada jodoh.. kurang2 dalam tu nilai dia RM2500

k.mila: hehe.. kelam kabut sket masa turun, si adik buat perangai..

mamaleesya: ye betul.. insyaallah saya dtg bertandang lagi.

dda ly: doa ku sentiasa semuga tuhan memudahkan segala urusan. ok keep in touch


siti norlaili: betul. mesti double check!

cik nur: masih berada dalam bilik

ibu qaleesya: yg ni jadi pengajaran

azian: salam kenal.. kalau tak silap zon ni ada 2 je. satu kat kl dan satu lagi kat jb.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...