VIP

Jelitaku-MK

Isnin, 18 April 2011

Aktiviti Berbasikal Makin Popular

Masa kecil dulu duduk di kampung, nak main basikal memang tak jadi masalah, keselamatan masih terjamin. Tapi sekarang ni kat bandar, nak lepas anak main memang tak boleh. Depan rumah ada jalan dan kereta lalu lalang dengan laju walaupun dalam kawasan perumahan. Baru-baru ni kat Klang terjadi kes budak dilanggar oleh jiran  ketika bermain basikal depan rumah. Sungguh sedih dan menyayat hati. Takziah kepada keluarga kanak2 tersebut. Oleh itu sebagai langkah keselamatan, anak-anak hanya dibenar bermain dalam rumah atau membawa mereka dan basikal mereka ke taman rekreasi untuk bermain basikal.
 
Photographer lupa nak fokus pada coach sekali. Memang amatur



Setelah ditegur barulah coach dapat bergambar sekali

Size does not matter

Kalau tengok sekarang ni, golongan remaja dah menukar kepada trend berbasikal berbanding dulu suka naik motor dan merempit. Semoga lebih ramai lahir Azizul Hasni yang bakal menggegar arena berbasikal dunia. Tahniah Azizul Hasni Awang. Kami adalah antara rakyat Malaysia yang kagum dengan pencapaian dan menyokong anda.

1 ulasan:

Mila@Rimbun berkata...

wahhh dah ada satu sorg basikal dah yer.. jom berbasikal kat metropolitan selayang sana weekend niii.. boleh ajak ashraf sekali, dah lama tak jumpa diorg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...