VIP

Jelitaku-MK

Jumaat, 29 Oktober 2010

Tokek aka Pokke ke ni?

Sekarang heboh pasal tokek kan? Ala tokek? tak tau? Spesis cicak besar. Sekarangkan heboh...jual tokek boleh jadi kaya. Sebabnya menurut kajian, tokek ni dipercayai (boleh caya ke?) boleh mengubat penyakit yang belum jumpa penawar iaitu AIDS. Tengoklah cicak yang aku jumpa kat rumah aku ni....
Cak!
Inilah rupa cicak yang membuatkan aku selalu terkejut, sebab selalu terserempak tak kala nak naik tangga. Tengoklah kepala dia hampir sama besar dengan batang penyodok tu..

Nampak sedap je biskut tu.. sat ye
Besar dia tiga kali saiz cicak biasa, anggaran berat 100gram ++.. kalau tengok mesti rasa geli-geleman campur menakutkan.. eeeii

Alhamdulillah.. kenyang.. bye
Warna dia kehijau-hijauan, bintik hitam campur putih kot... tak dapat snap gambar dari dekat.. Kalau sapa2 yang terer, ni tokek atau cicak biasa?

Selasa, 26 Oktober 2010

Hati Retak dek Cermin Pecah


Ingatkan semalam lupa tutup
Kejadian berlaku semalam isnin 25/10/2010 Hanya disedari jam 6.45 pagi ketika bersiap nak berkursus. Menurut jiran kejadian berlaku lebih kurang jam 12 mlm. Jiran dah panggil tapi aku pengsan awal (tidur)

Dashboard diselongkar
Akibatnya aku terpaksa tangguh kursus dan mengurangkan cuti yang dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Laporan polis telah dibuat dan cermin yang pecah telah diganti. Kos kerosakan & kehilangan harta benda bernilai RM700

Sampai part yasin dia henti selongkar
Kes pecah kereta memang banyak berlaku kat kawasan tu. Encik Polis cakap tiap-tiap hari pasti ada kes pecah kereta. Penjenayah ni biasanya buat projek time hujan waktu malam. Time kita syok diulit mimpi dan hujan melenyapkan bunyi

Kepada penjenayah, ingatlah, jenayah membawa padah. Daripada menyusahkan hidup orang, baik buat kerja halal. Suatu hari nanti, nasib engkau pulak yang kena. Kalau tak kena kat sini, tungguhlah balasan di sana

Rabu, 20 Oktober 2010

Petua Anak Dengar Kata

Untuk dikongsi bersama...
Dr.Fadhilah Kamsah menulis ……..                                          
Assalammualaikum.. ....                                                   
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum  pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa, mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ... Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still  berjalan .... either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen  makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik-beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ...so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...  Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ... mak kata, supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak... dan saya sendiri akui kesannya ...makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..                                                                 
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu.. jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ...dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib .. kalau ada lebih dari sorang anak, suruh sorang azan dan sorang  Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami  sekeluarga amalkan sampai sekarang ...  Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib  dengan mak abah secara praktiknya, inilah yang paling paling paling berkesan sekali.... tak caya try buat... solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib..... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar  'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya... dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.                                            
 "Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik  diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly.... Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih.

Khamis, 14 Oktober 2010

Sayang Letaknya di Hati

Dalam satu kisah percintaan yang menarik.. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. Ini  dialog mereka: 
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintaimu!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata 'Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!'

Si isteri  tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:

'Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu.. sekarang  bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu.. sekarang bolehkah  engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum?  Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku  tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?  Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.

Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh  dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.'

Isnin, 4 Oktober 2010

OH MESIN JAHITKU!!!

Masih dalam kotak
Mesin jahit Brother NV 50.. pilihan tepat utk kegunaanku... hehe.. ketaq nak bawak kuar.. seminggu lepas beli baru bukak... sayang woooo...

Sedia utk diguna
Maka dengan ini semoga aku rajin menjahit dan merepair mana-mana yang koyak...terbuka hanya utk famili yg tertutup sajer..hehe..(nak refresh skill menjahit sblm menerima tempahan).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...