VIP

Jelitaku-MK

Ahad, 27 Mac 2011

10 Solat Yang Ditolak



Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t., antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri(medan perang)
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan jauh dari Allah s.w.t.."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Moga Allah s.w.t. membimbing kita dan membawa kita kepada pembimbing yang boleh membawa kita kepadaNYa. Amin…

Sabtu, 19 Mac 2011

Isu al kitab: Satu Kekeliruan

Ada orang Islam yang setuju dibenarkan bawa masuk dan ada pula yang menentang. Pihak  yang setuju bawa masuk kata,  dorang setuju asalkan  dibawah kawalan dan untuk agihan  penganut kristian sahaja. Siapa yang nak kawal? Siapa yang nak memastikan agihan antara penganut kristian sahaja? Jika terlepas dan dibaca oleh kanak-kanak atau remaja Islam, adakah mereka boleh menjadi keliru? Mungkin ada tak yang terpesong akidah mereka setelah terbaca? Itu yang menjadi persoalannya.

Aku tertarik dengan pandangan penulis blog http://zul4kulim.blogspot.com/ dengan petikan seperti berikut:-

Sebenarnya isu bible versi bahasa Indonesia ini telah diputarbelitkan sehingga meresahkan umat Islam dan juga golongan Kristian. Sedangkan isunya mudah sahaja. Bagi orang segelintir penganut Kristian di Sabah/ Sarawak, mereka tidak berbahasa Inggeris. Samada mereka bercakap Melayu, Kadazan, Murut, Melanau, Dusun, Iban, Dayak dan lain-lain. Dan bila dikira yang benar-benar menggunakan bahasa Melayu, jumlahnya terlalu sedikit. Mungkin pihak berkuasa perlu membuat bancian jumlah sebenar penganut Kristian di Sabah/ Sarawak yang benar-benar menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara.

Kita tidak menentang pribumi penganut Kristian di Sabah/ Sarawak menggunakan apa juga bahasa yang selesa bagi mereka; samada untuk perbualan harian ataupun tujuan agama. Apatah lagi Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.

Isu yang menjadi bantahan umat Islam ialah penggunaan istilah-istilah tertentu didalam bible versi bahasa Indonesia itu. Contohnya mengapa perlu diberi nama bible itu "Al-Kitab"? Jangankan orang awam, ustad pun boleh terkeliru. Kenapa tidak dipanggil "Bibel Kristian"? Kedua, perkataan dan istilah saperti ALLAH, Malaikat, wahyu, Rasul, penggunaan nama Nabi-Nabi saperti didalam Islam sedangkan mereka ada nama tersendiri didalam Bible saperti Nabi Yusuf (Josef), Musa (Moses), Daud (David), Yunus (Johannes), Nuh (Noah) Yaakob (Jacob) dan banyak lagi.

Penggunaan istilah-istilah saperti ini adalah bercanggah dengan:

1. Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan;
2. Keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan;
3. Enakmen-Enakmen Negeri-Negeri yang digubal berdasarkan peruntukkan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Bermakna sesiapa juga yang didapati mencetak, menerbit, menyebarkan, memiliki dan lain-lain buku atau kitab yang bukan dimaksudkan untuk orang Islam dan menggunakan istilah-istilah ini dan lain-lain istilah yang dinyatakan didalam Enakmen-Enakmen tersebut adalah melakukan kesalahan jenayah yang boleh dikenakan tindakan pendakwaan jenayah di Mahkamah Sivil dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara. Oleh itu, membawa masuk buku yang dipanggil "Al Kitab" versi bahasa Indonesia yang mengandungi perkataan dan istilah tersebut adalah suatu kesalahan jenayah!

Rabu, 16 Mac 2011

Go Nadzrin go dalam Misi Menyelamat Burung

Cuti sekolah ni nak pergi ke mana ye? Pulau Pinang? Sabah? Johor? atau luar negara, Bali? Hong Kong? Jepun? Eh.. tak boleh, sebab tsunami di Jepun dan dengarnya loji nuklear turut mengalami kebocoran. Impian bukan main lagi ye tapi yang dekat-dekat dengan rumah dah pergi belum?

Apa kata cuti sekolah ni pergi kawasan tarikan pelancongan yang dekat dengan rumah. KL Bird Park, 10 minit jer dari rumah, memang tak pernah pergi, sesuai untuk bawak budak-budak untuk explore pelbagai spesis burung.

Inilah aksi si penyelamat haiwan, si Nadzrin membaca peta, beraksi seperti 'Go Diego go':-


Antara burung yang diselamatkan oleh beliau... kihkihkih




Aha.. ikan pun ada


Alamak.. bateri kamera daa habissss.. tu jer yang sempat diselamatkan

Selasa, 15 Mac 2011

Kenapa tunggu 2012 haram botol susu polikarbonat


PUTRAJAYA: Mengapa tunggu hingga 2012 jika ia membahayakan? Persoalan yang ditimbulkan berikutan tindakan kerajaan menunggu hingga tempoh itu bagi pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bahan Bisphenol A (BPA) kerana dikhuatiri boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata keputusan Kabinet yang dicapai pada 2 Mac lalu itu bertujuan memberi tempoh pada pihak industri membuat persediaan menukar atau membeli mesin serta menggunakan bahan mentah sesuai bagi memenuhi peraturan baru itu.

“Keputusan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA selamat untuk golongan berisiko tinggi khususnya bayi dan kanak-kanak,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Kumpulan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), mempersoalkan tindakan itu dan mendesak kerajaan mengharamkan terus penjualan botol berkenaan.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman, berkata tindakan kerajaan mengharamkannya pada tahun depan hanya akan menyebabkan lebih ramai bayi dan kanak-kanak berisiko mendapat pelbagai penyakit.

Pengarah Komunikasi FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman pula mahu setiap botol susu yang dipasarkan melalui pemeriksaan ketat bagi memastikan penggunaannya tidak membahayakan kesihatan bayi dan kanak-kanak.

Tiong Lai sebelum itu berkata, kajian terhadap 159 sampel botol susu bayi juga mendapati 85 peratus atau 135 dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 miligram per kilogram.

Katanya, kajian Universiti Malaya (UM) pula menunjukkan kadar migrasi sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah celsius berbanding pada suhu bilik 25 darjah celsius. Kadar migrasi merujuk kepada percampuran bahan BPA itu dengan kandungan botol susu berkenaan pada suhu tertentu.

“Dalam tempoh setahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian,” katanya.

Bagaimanapun, katanya orang ramai boleh bertindak awal dengan menukar penggunaan botol susu bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Beliau berkata, pengharaman ini selaras tindakan sama yang diambil beberapa negara antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Kesatuan Eropah.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai yang menggunakan botol susu bayi polikarbonat supaya mematuhi arahan pengendalian dan mengelak menggunakan air panas secara terus ketika membancuh susu, selain menggunakan peralatan mencuci botol sesuai bagi mengelakkan permukaan dalam botol rosak serta bercalar.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/3653/3655 atau melayari laman web www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.

INFO: Bisphenol A (BPA)
- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:
- Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
- Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
- Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
- Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
- Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
- Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.

sumber: berita harian online

Ahad, 13 Mac 2011

Sepetang di Black Stone Beach

Kebetulan ada appoinment dengan customer di Black Stone Resort...apa lagi..bebudak ni ambil peluang ler..main layang-layang dan mandi pantai.Nasib baik ada anak sedara husband tlg melayan..tq along!!!
Dah penat main layang-layang, masa untuk main air pulak

Nampak tak...pasir kat sini pun warna hitam..

Lari..lari!!... ombak kejar tu..

Si Adik melekat dengan ayahnya.. takut air ke?
Lepas gi saner..jumpa ler member sbb nak hantar produk kat dia..:-

Kawan: Mung maghi mano ni..(ko dtg dr mana)

Aku : Dari Black Stone resort..
Kawan: Black Stone resort? mana tu?

Aku: Pantai Black Stone tuh...alaaa..pantai Batu Hitam..
Kawan: Ceh..Kuba mu Black Stone...kecek omputih la tuh...hahah
Hehe.. rupa-rupanya aku je mandai panggil Pantai Black Stone, sempena nama resort kat situ. Orang situ panggil Pantai Batu Hitam!kakakaka..sutey (sebijik) buleh kuba...eerrmm..mana ler aku tau...ingat org situ pun panggil black stone gak..hoooho..

Kuba = Kerbau (slang Ganu/Klate)


Jumaat, 11 Mac 2011

Jangan memandang rendah pada orang lain


Maksudnya : Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong."

Berkata seorang lelaki, 'Sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya cantik dan kasutnya cantik. Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya ALLAH itu indah dan sukakan keindahan. Sombong ialah menolak kebenaran dan memandang rendah kepada manusia."

Di dalam hadith ini kita dapati Islam amat menentang sifat sombong, takbur dan apa sahaja yang melambangkan keangkuhan. Tiada manusia berakal yang berani menafikan betapa buruknya sifat ini apabila ia mula menjadi tabiat dalam diri seseorang. Oleh itu Islam datang membawa penegasan tentang keburukan dan kemudharatan sifat ini, bukan sahaja di dunia ini, malah kesannya turut berkekalan sehingga ke akhirat.

Mungkin secara teorinya, kita belum memahami apa yang dimaksudkan dengan memandang rendah kepada orang lain. Saya kongsikan satu situasi dengan anda semua.

Satu hari, seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pendayung sampan. Di tengah-tengah sungai, terjadilah perbualan antara si professor dan juga si pendayung sampan tersebut.

Professor : Kamu tahu membaca dan menulis?

Pendayung : Tidak, saya buta huruf.

Professor : Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu.Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup. Kamu ada membuat simpanan wang di bank?

Pendayung : Tidak, pendapatan saya hanya cukup-cukup makan sahaja. Macam mana hendak simpan duit?

Professor : Kalau begitu, kamu hilang separuh lagi kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti?

Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai, tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Si pendayung sempat bertanya kepada professor,

Pendayung : Tuan, apakah tuan pandai berenang?

Professor : Err... saya tidak tahu la. (dalam keadaan panik)

Pendayung : Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan.

Apa pengajaran kisah ini?

Tuhan tidak mencipta manusia itu bodoh. Sebaliknya Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksanaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa bahawa diri ini hina, sebaliknya binalah keyakinan diri. ALLAH menciptakan setiap manusia untuk berjaya.

Ketahuilah bahawa harta, pangkat, rupa hatta ilmu itu adalah pinjaman daripada ALLAH S.W.T. Ianya bertujuan untuk menguji iman kita semua. Siapakah anda dan saya sehingga kita begitu angkuh lalu memandang rendah manusia lain? Inilah keburukan sikap sombong yang menjadikan manusia lupa asal usulnya. Walaupun manusia berbeza dari pelbagai segi, namun Islam melarang kita memandang rendah kepada orang lain. Orang yang sombong akan merasakan dirinya lebih tinggi dari orang lain. Setiap pendapat, pandangan dan cadangan orang lain semuanya dilihat lebih ’rendah’ dan tidak perlu diberikan perhatian. Mereka akan sentiasa mencari jalan keluar untuk menolak pandangan orang lain, walaupun merugikan mereka di dunia dan akhirat!

Selasa, 8 Mac 2011

Zon Los & Faun

Cerita ni berlaku bulan febuari, tapi disebabkan kesibukan tugas pejabat, surirumah dan bisnes, maka tertangguh-tanguhlah nak posting. Bulan 3 hingga bulan 6 adalah bulan sibuk dan padat dengan jadual bagiku. Ok sambung cerita....

Siapa ada pengalaman tertinggal beg kat hotel, sila angkat tangan? Nampak tak aku pun angkat tangan nih? Maka terpaksalah aku cerita pengalaman tertinggal beg kat hotel. Hotel mana tu? Hotel The Zon, sebelah jer dengan KLCC. Katanya director hotel ni adalah Datuk K.
Cerita dia camni, semasa nak checkout dalam jam 11.45 pagi my hubby (encik A) kata, dia dah susun beg dan letak semua beg di muka pintu, kecuali 1 beg warna hitam yang mengandungi barang peribadi aku yang dia tak mahu usik, dan aku perlu kemas sendiri masih ada depan cermin dalam bilik.
Round pertama encik A angkut separuh daripada beg masuk dalam kereta. Second round dia dan beg bersama aku dan budak-budak pun turun untuk pulangkan kunci. Dia terus balik dengan budak-budak tapi aku stay hingga kol 5 kerana ada program yang belum habis.
Masa kat rumah, Jam 7 petang aku mencari beg hitam tu. Aku tanya encik A, tapi dia kata dia tak angkat pun beg tu dan dia andaikan aku dah angkat beg tu sendiri. Seingat aku, takde pulak angkat apa-apa barang kecuali dukung si Nadzmin. Sah beg dah tertinggal dalam bilik hotel.
Jam 8 malam, kami segera hubungi pihak The Zon untuk rujuk bahagian los & faun, tapi dorang kata beg tu takde kat bahagian tu. Kami mengandaikan beg tu mesti dijumpai oleh orang housekeeping, maka panggilan kami dirujuk ke Pengurusnya. Malangnya orang housekeeping pun tak nampak beg tu masa kemas bilik.
Kami amat yakin, beg tertinggal dalam bilik hotel, maka lebih kurang jam 10 malam, satu laporan polis telah dibuat bagi mengadu akan hal perkara tersebut. Dapat pulak kata-kata hikmat daripada pegawai penyiasat kes kami tu. "Masalahnya puan, beg tu hilang kerana kecuaian puan". Aku jawab " saya tau ini kecuaian saya, tapi kalau pekerja hotel tu jujur, beg saya takkan hilang!"
Keesokkan harinya Pengurus bahagian housekeeping Encik Rizalmi menghubungi aku dan berjanji akan melakukan siasatan dalaman .Dorang akan check CCTV dan sebagainya. Tapi aku dah tawar hati dan hanya berserah semoga beg tu ditemui semula. Tiga hari selepas tu, Encik Riozalmi call aku dengan membawa berita gembira, beg aku dah ditemui. Dia minta aku segera menuntut beg tersebut.


Apa-apa cerita disebaliknya takdelah menjadi hal kepada aku asalkan beg ditemui aku amat bersyukur. Terima kasih pihak The Zon Hotel, khususnya Encik Rizalmi kerana bersabar menerima aduan kami yang berapi-api dan berusaha mencari semula beg kami yang tertinggal. Maka dengan itu aku pun menarik semula laporan polis yang telah dibuat.


Khamis, 3 Mac 2011

Kes tipu perbankan Internet


KUALA LUMPUR – Pelanggan perbankan Internet dinasihatkan supaya berhati-hati kerana penipuan melibatkan perkhidmatan tersebut terutama Maybank2u meningkat lima kali ganda pada tahun lalu.
Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarudin Md. Din berkata, sepanjang tahun lalu, polis telah menerima sebanyak 353 kes penipuan dengan kerugian sebanyak RM1.2 juta membabitkan perbankan Internet.
Menurut beliau, jumlah tersebut meningkat mendadak berbanding tahun 2009 iaitu polis hanya menerima sebanyak 75 kes membabitkan kerugian sebanyak RM215,131.
“Penjenayah perbankan Internet akan menggunakan teknik phishing iaitu dengan mewujudkan satu laman web palsu sesebuah bank dan menghantar e-mel kononnya mengenai keselamatan akaun (Security Alert).
“E-mel itu meminta pengguna mengemaskini akaun mereka kononnya untuk mengelakkan sebarang penipuan pihak tidak bertanggungjawab,” kata beliau di sini semalam.
Kamarudin memberitahu, ketika membuat proses kemaskini itu, pengguna akan diminta supaya memasukkan beberapa data peribadi seperti nama, kata laluan dan nombor TAC (nombor empat digit pengesahan transaksi).
sumber: kosmo online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...