VIP

Jelitaku-MK

Selasa, 30 November 2010

Pergi Tak Kembali

Teman

Pemergianmu amat dirasa, aku berduka kerananya

Teman

Kaulah teman sejati, sentiasa di sisi setiap hari

Teman

Kaulah panduan arah, kehilanganmu aku pasrah

Teman

Ku rakamkan detik terakhirmu untuk kenangan


Di tangga inilah temanku jatuh tersungkur

Di sini tempat temanku ditemui terkulai
scroll down....

AMARAN! gambar dibawah dikategorikan sebagai 18SG.. yang lemah semangat atau wanita mengandung dinasihatkan supaya tidak melihat...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
stop!

Lakonan semula, jasad ditemui berselerakkan

Saraf tunjang telah putus. Adakah masih boleh diselamatkan?

Suspek dikenalpasti. Masih tersenyum walau melakukan kesalahan
Posting ini adalah didedikasikan kepada teman setiaku Nokia 6110 (GPS). Teringin plak nak pakai Blackberry Torch atau i phone 4. Nak sponsor? hehehe

Jumaat, 26 November 2010

Laptopku yang Rongak

Pernah tengok laptop rongak? Tak pernah? Bagus, ni aku nak tunjuk kat bawah ni.

Beberapa batang gigi tertanggal
Faham dah macam mana laptop yang rongak tu kelihatan?


Banyak kali dah tertanggal, pasang balik, lepas tu tanggal balik. Sapa punya kerja ni? Pandai pulak tak buat depan mata kitaorang. Kalau tak, taulah nasibnya. Suspeknya ada tiga orang jer, kalau tolak kakak, tinggal dua orang iaitu abang dan adik jer lagi.

Inilah laptop zaman batu ku yang dah rongak
Satu hari kantoi jugak... rupanya kerja si abang. Bertuah punya budak, pandai godek laptop yer. Besar nanti kalau kalau jadi terer dan kaya macam budak facebook tu kan bagus. Muda-muda lagi dah billionare.

Gigi palsu dah dipasang untuk kembalikan kecerian
Sayang nya laptop ni, dah 5 tahun berjasa dan menabur bakti kepadaku. Akan ku wariskannya kepada budak 3 orang tu untuk dikerjakan. Sementara tu berguna lagi sehingga ada yang baru. Bila?

Ahad, 21 November 2010

Pecah Gril Pecah Tingkap

Dua minggu lepas kejadian pecah kereta terjadi kepada aku seperti di sini. Hari ni dorang dah makin advance pulak.. dah berani pecah rumah, kali ni terjadi kepada jiran aku. Kasihan, jiran aku tiada di rumah, masih beraya korban di kampung, rumah di sini pula menjadi korban penjenayah, maka raya sakanlah penjenayah tu.

Dalam bulatan adalah gril dan tingkap yang ditanggalkan

Rumah dipecah orang (sebenarnya setan yang bertopeng manusia) bila hanya disedari jam 7 malam tadi, gril dan cermin tingkap ditanggalkan. Diulangi, gril dan cermin tingkap ditanggalkan! Yang peliknya, saksi (jiran aku yang lain) nampak tingkap tu elok lagi jam 3 petang tadi, lepas tu dorang keluar, bila balik baru perasan tingkap ternganga, tapi kalau sekali pandang tak perasan sangat sebab masih ditutupi langsuir langsir.

Close shot, tingkap ternganga
Wow, maknanya dorang buat kerja antara jam 3 hingga 6 petang. Di siang hari? berani sungguh! Aku? Maaf aku tiada di rumah, keluar beli barang antara jam 11 hingga 5.30 petang. Mungkin dorang masih dalam rumah tu ketika aku sampai? Bayangkan, macam mana kalau rumah tu rumah aku? Dorang masih di dalam ketika aku sampai? Minta dijauhkan.

Polis sampai, orang pun dah ramai nak menonton
Setelah usaha menghubungi jiran tidak berhasil, maka polis dipanggil untuk membuat pemeriksaan, mana tau penjenayah masih dalam rumah. Negatif, dorang dah tiada di dalam. Polis tu cakap rumah dah diselongkar, tapi tak tau barang apa yang hilang. Kena tunggu jiran balik dari kampung untuk kepastian.

Polis nak buat serbuan, mana tau suspek masih di dalam
Pesanan terakhir, pertama, kalau tinggalkan rumah, pastikan lampu depan, belakang dan tepi dibuka untuk mengelakkan penjenayah senang buat kerja. Kedua, tinggalkan nombor telefon kita pada jiran untuk saat-saat kecemasan seperti ini. Ketiga, Jika ternampak kejadian jenayah atau mencurigakan, jangan segan silu hubungi pihak polis segera untuk bantuan.

Pesanan penaja.. Mahu kulit bersih dan cantik berseri? klik sini.

Khamis, 4 November 2010

Hari Mengenal Tagine

Hujung minggu lepas, menerima jemputan rakan sempena pembukaan cawangan ketiga restorennya. Tagine Restaurant. Terletak di no. 25, Jalan Delima, Jalan Ampang. Cawangan pertama dan kedua terletak di Jalan Bukit Bintang.
Senyummm.. makanan dah sampai
Restoren ni menyediakan makanan ala asia barat dan moroco... macam-macam ada... sesekali ubah selerakan... Makanannya sedap dan deco pun cantik.. Santainya makan kat sini..

Nasib beriani ayam madu.. yum..yum
Kawan tu cakap, tagine tu adalah makanan yang namanya berasal daripada bekas khas memasak tagine berbentuk pot dan bertudung seperti saji...

Close shot.. menyelerakan
Sambil makan, jengok jap wash room.. nak touch up sket.. ambil gambar kat bawah ni sebab tengah cari inspirasi untuk renovate rumah... Harapnya dapatlah bilik air camni kat rumah nanti..
Suis lampu design terkini.. ramai dah pakai ni kot

Wash room pun cantik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...