VIP

Jumaat, 26 November 2010

Laptopku yang Rongak

Pernah tengok laptop rongak? Tak pernah? Bagus, ni aku nak tunjuk kat bawah ni.

Beberapa batang gigi tertanggal
Faham dah macam mana laptop yang rongak tu kelihatan?


Banyak kali dah tertanggal, pasang balik, lepas tu tanggal balik. Sapa punya kerja ni? Pandai pulak tak buat depan mata kitaorang. Kalau tak, taulah nasibnya. Suspeknya ada tiga orang jer, kalau tolak kakak, tinggal dua orang iaitu abang dan adik jer lagi.

Inilah laptop zaman batu ku yang dah rongak
Satu hari kantoi jugak... rupanya kerja si abang. Bertuah punya budak, pandai godek laptop yer. Besar nanti kalau kalau jadi terer dan kaya macam budak facebook tu kan bagus. Muda-muda lagi dah billionare.

Gigi palsu dah dipasang untuk kembalikan kecerian
Sayang nya laptop ni, dah 5 tahun berjasa dan menabur bakti kepadaku. Akan ku wariskannya kepada budak 3 orang tu untuk dikerjakan. Sementara tu berguna lagi sehingga ada yang baru. Bila?

2 ulasan:

Asma Haha berkata...

anak2 umur berapa?

kalau bawah 5 thn belikanlah dorg laptop yang utk kanak2 tu.. :-)

creativ berkata...

umur 5, 3, 1.. klu yang tu tak sempat pakai lama.. abis semua tertanggal.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...