VIP

Jelitaku-MK

Ahad, 21 November 2010

Pecah Gril Pecah Tingkap

Dua minggu lepas kejadian pecah kereta terjadi kepada aku seperti di sini. Hari ni dorang dah makin advance pulak.. dah berani pecah rumah, kali ni terjadi kepada jiran aku. Kasihan, jiran aku tiada di rumah, masih beraya korban di kampung, rumah di sini pula menjadi korban penjenayah, maka raya sakanlah penjenayah tu.

Dalam bulatan adalah gril dan tingkap yang ditanggalkan

Rumah dipecah orang (sebenarnya setan yang bertopeng manusia) bila hanya disedari jam 7 malam tadi, gril dan cermin tingkap ditanggalkan. Diulangi, gril dan cermin tingkap ditanggalkan! Yang peliknya, saksi (jiran aku yang lain) nampak tingkap tu elok lagi jam 3 petang tadi, lepas tu dorang keluar, bila balik baru perasan tingkap ternganga, tapi kalau sekali pandang tak perasan sangat sebab masih ditutupi langsuir langsir.

Close shot, tingkap ternganga
Wow, maknanya dorang buat kerja antara jam 3 hingga 6 petang. Di siang hari? berani sungguh! Aku? Maaf aku tiada di rumah, keluar beli barang antara jam 11 hingga 5.30 petang. Mungkin dorang masih dalam rumah tu ketika aku sampai? Bayangkan, macam mana kalau rumah tu rumah aku? Dorang masih di dalam ketika aku sampai? Minta dijauhkan.

Polis sampai, orang pun dah ramai nak menonton
Setelah usaha menghubungi jiran tidak berhasil, maka polis dipanggil untuk membuat pemeriksaan, mana tau penjenayah masih dalam rumah. Negatif, dorang dah tiada di dalam. Polis tu cakap rumah dah diselongkar, tapi tak tau barang apa yang hilang. Kena tunggu jiran balik dari kampung untuk kepastian.

Polis nak buat serbuan, mana tau suspek masih di dalam
Pesanan terakhir, pertama, kalau tinggalkan rumah, pastikan lampu depan, belakang dan tepi dibuka untuk mengelakkan penjenayah senang buat kerja. Kedua, tinggalkan nombor telefon kita pada jiran untuk saat-saat kecemasan seperti ini. Ketiga, Jika ternampak kejadian jenayah atau mencurigakan, jangan segan silu hubungi pihak polis segera untuk bantuan.

Pesanan penaja.. Mahu kulit bersih dan cantik berseri? klik sini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...