VIP

Khamis, 3 Mac 2011

Kes tipu perbankan Internet


KUALA LUMPUR – Pelanggan perbankan Internet dinasihatkan supaya berhati-hati kerana penipuan melibatkan perkhidmatan tersebut terutama Maybank2u meningkat lima kali ganda pada tahun lalu.
Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarudin Md. Din berkata, sepanjang tahun lalu, polis telah menerima sebanyak 353 kes penipuan dengan kerugian sebanyak RM1.2 juta membabitkan perbankan Internet.
Menurut beliau, jumlah tersebut meningkat mendadak berbanding tahun 2009 iaitu polis hanya menerima sebanyak 75 kes membabitkan kerugian sebanyak RM215,131.
“Penjenayah perbankan Internet akan menggunakan teknik phishing iaitu dengan mewujudkan satu laman web palsu sesebuah bank dan menghantar e-mel kononnya mengenai keselamatan akaun (Security Alert).
“E-mel itu meminta pengguna mengemaskini akaun mereka kononnya untuk mengelakkan sebarang penipuan pihak tidak bertanggungjawab,” kata beliau di sini semalam.
Kamarudin memberitahu, ketika membuat proses kemaskini itu, pengguna akan diminta supaya memasukkan beberapa data peribadi seperti nama, kata laluan dan nombor TAC (nombor empat digit pengesahan transaksi).
sumber: kosmo online

4 ulasan:

blackrosehunter berkata...

bahaya tu..banyak dh jadi before2 ni..kena berhati-hati la lpas ni..



Blackrose's latest entry: Alternatif terbaru menggantikan BMI

Faztee Danisha berkata...

skg ni mcm2 penipuan wujud..kite ni kene ht2 le..thnkx jugk ziarah blog sy..slm jejak

rinie din berkata...

blackrose hunter & faztee danisha: dah byk entry saya buat pasal ni.. harapannya pengunjung blog ni alert pasal penipuan internet ni

rinie din berkata...

hahaha..tau x..saya try ler masukkan username=hantu78 dan password=rumah hantu..blh log in...terus ker tpt update detail...haha..nampak tul penipu!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...