VIP

Jelitaku-MK

Khamis, 4 November 2010

Hari Mengenal Tagine

Hujung minggu lepas, menerima jemputan rakan sempena pembukaan cawangan ketiga restorennya. Tagine Restaurant. Terletak di no. 25, Jalan Delima, Jalan Ampang. Cawangan pertama dan kedua terletak di Jalan Bukit Bintang.
Senyummm.. makanan dah sampai
Restoren ni menyediakan makanan ala asia barat dan moroco... macam-macam ada... sesekali ubah selerakan... Makanannya sedap dan deco pun cantik.. Santainya makan kat sini..

Nasib beriani ayam madu.. yum..yum
Kawan tu cakap, tagine tu adalah makanan yang namanya berasal daripada bekas khas memasak tagine berbentuk pot dan bertudung seperti saji...

Close shot.. menyelerakan
Sambil makan, jengok jap wash room.. nak touch up sket.. ambil gambar kat bawah ni sebab tengah cari inspirasi untuk renovate rumah... Harapnya dapatlah bilik air camni kat rumah nanti..
Suis lampu design terkini.. ramai dah pakai ni kot

Wash room pun cantik


Jumaat, 29 Oktober 2010

Tokek aka Pokke ke ni?

Sekarang heboh pasal tokek kan? Ala tokek? tak tau? Spesis cicak besar. Sekarangkan heboh...jual tokek boleh jadi kaya. Sebabnya menurut kajian, tokek ni dipercayai (boleh caya ke?) boleh mengubat penyakit yang belum jumpa penawar iaitu AIDS. Tengoklah cicak yang aku jumpa kat rumah aku ni....
Cak!
Inilah rupa cicak yang membuatkan aku selalu terkejut, sebab selalu terserempak tak kala nak naik tangga. Tengoklah kepala dia hampir sama besar dengan batang penyodok tu..

Nampak sedap je biskut tu.. sat ye
Besar dia tiga kali saiz cicak biasa, anggaran berat 100gram ++.. kalau tengok mesti rasa geli-geleman campur menakutkan.. eeeii

Alhamdulillah.. kenyang.. bye
Warna dia kehijau-hijauan, bintik hitam campur putih kot... tak dapat snap gambar dari dekat.. Kalau sapa2 yang terer, ni tokek atau cicak biasa?

Selasa, 26 Oktober 2010

Hati Retak dek Cermin Pecah


Ingatkan semalam lupa tutup
Kejadian berlaku semalam isnin 25/10/2010 Hanya disedari jam 6.45 pagi ketika bersiap nak berkursus. Menurut jiran kejadian berlaku lebih kurang jam 12 mlm. Jiran dah panggil tapi aku pengsan awal (tidur)

Dashboard diselongkar
Akibatnya aku terpaksa tangguh kursus dan mengurangkan cuti yang dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Laporan polis telah dibuat dan cermin yang pecah telah diganti. Kos kerosakan & kehilangan harta benda bernilai RM700

Sampai part yasin dia henti selongkar
Kes pecah kereta memang banyak berlaku kat kawasan tu. Encik Polis cakap tiap-tiap hari pasti ada kes pecah kereta. Penjenayah ni biasanya buat projek time hujan waktu malam. Time kita syok diulit mimpi dan hujan melenyapkan bunyi

Kepada penjenayah, ingatlah, jenayah membawa padah. Daripada menyusahkan hidup orang, baik buat kerja halal. Suatu hari nanti, nasib engkau pulak yang kena. Kalau tak kena kat sini, tungguhlah balasan di sana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...