VIP

Jelitaku-MK

Sabtu, 19 Februari 2011

Benzene : Bom Jangka Kereta

Padanlah ramai yang mati akibat kanser mutakhir ini. Kekadang kita bertanya daripada mana puncanya penyakit ini. Disini saya sebut contoh yang memberi kita kefahaman tentang sumber kejadian kanser ini. Ramai diantara kita akan memasuki kereta diawal pagi, dan keluar kereta dilewat malam, tujuh hari seminggu.
Kereta adalah rumah kedua kita. Tetapi kita tidak menyedari "bom-jangka" yang menunggu kita. Hanya dengan sedikit langkah pencegahan yang terlalu mudah, kita boleh menghindarkan diri daripada "bom-kanker" ini. Sampaikanlah maklumat ini kepada seramai yang mungkin, ia mungkin menyelamatkan ramai kawan-kawan kita. Masih belum terlambat untuk kita berbuat perubahan!
Tolong jangan pasangkan pendingin kereta sebaik sahaja kamu memasuki kereta. Sebaik memasuki kereta, bukalah pintu (dan/ atau tingkap) untuk beberapa minit.
Mengikut satu kajian, dashboard kereta, sofa dan pewangi mengeluarkan Benzene, toksin penyebab kanser (carcinogen - cuba kamu ambil sedikit masa dan hidu bauan saperti "plastik terbakar" didalam kereta).
Selain daripada penyebab kanser, Benzene juga meracuni tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Pendedahan berpanjangan kepada Benzene akan menyebabkan leukemia, meningkatkan risiko kanser. Ianya juga boleh menyebabkan keguguran janin.
Kadar Benzene yang boleh diterimapakai secara indoor (dalaman) adalah 50mg sekaki persegi. Kereta yang diparkir secara indoor (berbumbong) dengan cermin yang tertutup mengandungi 400-800mg Benzene.
Jika diparkir di luar, di bawah sinar matahari pada suhu 60 darjah Fahrenheit, kadar Benzene di dalam kereta itu meningkat mendadak ketahap HK +852 20004000mg, 40 kali melebihi tahap yang boleh diterima.
Mereka yang memasuki kereta, dengan cermin tingkap yang tertutup sudah pasti akan menghidu, dengan kadar kecepatan yang segera, jumlah toksin yang melampau banyaknya!
Benzene adalah toksin yang boleh merosakkan buah pinggang dan paru-paru. Dan yang lebih serius, tubuh kita menghadapi masalah yang sukar untuk membuang toksin ini.
Jadi kawan-kawan, langkah pencegahannya mudah sahaja. Tolong buka pintu dan cermin tingkap kereta anda seketika sebelum masuk - dan berikan sedikit masa untuk udara maut dalaman kereta dikeluarkan.
Selain tu elakkan guna pewangi kereta, apatah lagi dalam keadaan tertutup dengan air-condition. Ada sesetengah orang dapat migraine sebab pewangi kereta, bila dah tak pakai, migraine pun berkurangan. Kalau nak wangikan kereta pun, pakai cara kampung iaitu guna daun pandan, pintal-pintalkan dan letak dalam kereta. Bau kereta hilang, dan kita dapat pewangi asli lagi mesra-bio.

diolah & kredit : zul4kulim.blogspot.com

Alternatif lain, gunakan biozone car sterilizer, jaminan setahun dan boleh digunakan selama 2 ke 3 tahun, Klik sini untuk info lanjut.

2 ulasan:

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. berkata...

salam...kina singgah sini. n2 yg bagus la! tapi sayang...kina tak dapat baca semuanya sebab ada iklan nuff kat belah kiri nie. bukan semua blOg boleh nampak semua. lenla semua guna monitor yang inci nyer besar. kina guna monitor yg tecik je dik!

♥sophie♥ berkata...

ouh,,really...baru taw...huhu..bkak tingkap selalau :D haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...