VIP

Jelitaku-MK

Khamis, 24 Februari 2011

Breakdown di Lebuhraya

Sejak aku mendapat lesen kelas D, 13 tahun dahulu dan memandu kereta sendiri sejak 9 tahun dahulu, ini adalah kali pertama kereta aku rosak dilebuhraya. Pengalaman pertama pasti menyukarkan kerana kita tidak pernah melaluinya dan tidak pasti apa tindakan yang perlu dibuat. Walau bagaimanapun pengalaman accident dulu, memberi aku sedikit petunjuk bagaimana untuk menghadapi situasi seperti ini. Mungkin aku akan buat satu entry bagaimana melalui situasi kemalangan jika berkesempatan.

Memang tak disangka sebab kereta baru diservis dan servis memang sentiasa dibuat di pusat servis Toyota. Ini pertama kali Zaza meragam. Orang kata kereta akan mula buat hal apabila melepasi usia 5 tahun, sebab tu ada orang tukar kereta apabila usia dah mencapai 5 tahun. Kalau tak silap, dasar kerajaan Jepun, kereta perlu diganti setiap 5 tahun sekali (tak pasti). Sebabnya mungkin untuk elak situasi seperti ini dan untuk merancakkan antara industri utama mereka iaitu automative.

Jam menunjukkan 11 malam, lagi setegah jam akan sampai ke destinasi iaitu Kuantan, Pahang, tiba-tiba suasana menjadi sunyi sepi, kabus mula menyelimuti pandangan, kesejukan terasa sehingga ke sum-sum tulang. Satu kelibat putih melintas dihadapan dengan pantas, menyebabkan aku tersentak dan menjerit ketakutan. Opss, salah tajuk, ulang semula, tiba-tiba bila hendak tukar ke gear rendah, gear macam susah nak masuk. Disebabkan itu kereta terpaksa diperlahankan dan lantas diberhentikan. Emergency light dipasang untuk memberi amaran kepada pengguna lebuhraya yang lain. Bila enjin dihidupkan semula dan gear satu dimasukkan, Zaza terus tak mahu jalan. Sah mungkin ada kaitan dengan gear atau clutch.
Salah seorang penumpang yang bersesak-sesak dalam kereta selepas menumpang kereta lain

Perkara yang mungkin berguna untuk dikongsi ialah pastikan anda menyimpan nombor telefon insurans auto assist dalam kereta, macam aku pakai Etiqa insurans. Kalau macam Toyota dorang ada auto assist sendiri. Khidmat Toyota auto assist adalah percuma  jika nak tow kereta anda ke pusat servis Toyota. Jangan segan silu telefon sebab dorang ni memang prihatin dan sangat baik hati membantu anda yang dalam kesusahan. Kalau Toyota assist tu dia akan followup anda sehingga kereta sampai dipusat servis walaupun jam dah menunjukkan 2 pagi. Excellent! tapi itu memang sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk memberikan khidmat terbaik.

Kereta kami rosak 500 meter sebelum sampai tol Gambang. Dari kejauhan, plaza tol menggamit pandangan. Baru ku tahu bahawa kalau kereta rosak dalam kawasan lebuhraya, maka pihak lebuhraya yang bertanggungjawab untuk tunda kereta anda dan khidmat tow tersebut adalah percuma (FOC). Kereta kami ditunda sehingga melepasi tol, selepas itu baru tow truck pihak insurans atau Toyota yang ambil alih. Disebabkan kami nak baiki kereta dipusat servis Toyota, maka auto assist pihak Toyota yang bantu. Kalau tak mungkin kami perlu guna auto assist pihak insurans.

Tidak dinafikan khidmat Toyota servis memang baik, terutamanya kalau anda nak servis kereta anda secara berkala tu, tapi kalau melibatkan kerosakan dan ada part kereta yang perlu diganti amatlah mengecewakan aku, selalu ambil masa melebihi satu hari. Pengalaman aku termasuk kali ni, dah 2 kali kereta aku perlu bermalam untuk ganti part yang rosak. Biasanya jawapan mereka adalah part perlu diorder dari HQ, esok lusa baru sampai.

Eh, kali ni mana kami ada masa, kereta rosak hari Sabtu, Ahad cuti hari minggu, Isnin baru nak order barang, Selasa cuti Maulidur rasul, Rabu mungkin baru barang sampai dan mungkin hari Khamis kereta siap? Huh? Khamis baru siap? Esok dah nak balik KL, Isnin kerja, mana ada aku apply cuti. Memang tak boleh jadi, maka kami pun mengambil keputusan sebulat suara untuk baiki kat bengkel luar. Hari tu jugak siap, petang dah boleh guna kereta. Fuh lega.

Rupa-rupanya bearing clutch pecah, yang menyebabkan clutch disk patah!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...