VIP

Jelitaku-MK

Sabtu, 19 Mac 2011

Isu al kitab: Satu Kekeliruan

Ada orang Islam yang setuju dibenarkan bawa masuk dan ada pula yang menentang. Pihak  yang setuju bawa masuk kata,  dorang setuju asalkan  dibawah kawalan dan untuk agihan  penganut kristian sahaja. Siapa yang nak kawal? Siapa yang nak memastikan agihan antara penganut kristian sahaja? Jika terlepas dan dibaca oleh kanak-kanak atau remaja Islam, adakah mereka boleh menjadi keliru? Mungkin ada tak yang terpesong akidah mereka setelah terbaca? Itu yang menjadi persoalannya.

Aku tertarik dengan pandangan penulis blog http://zul4kulim.blogspot.com/ dengan petikan seperti berikut:-

Sebenarnya isu bible versi bahasa Indonesia ini telah diputarbelitkan sehingga meresahkan umat Islam dan juga golongan Kristian. Sedangkan isunya mudah sahaja. Bagi orang segelintir penganut Kristian di Sabah/ Sarawak, mereka tidak berbahasa Inggeris. Samada mereka bercakap Melayu, Kadazan, Murut, Melanau, Dusun, Iban, Dayak dan lain-lain. Dan bila dikira yang benar-benar menggunakan bahasa Melayu, jumlahnya terlalu sedikit. Mungkin pihak berkuasa perlu membuat bancian jumlah sebenar penganut Kristian di Sabah/ Sarawak yang benar-benar menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara.

Kita tidak menentang pribumi penganut Kristian di Sabah/ Sarawak menggunakan apa juga bahasa yang selesa bagi mereka; samada untuk perbualan harian ataupun tujuan agama. Apatah lagi Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.

Isu yang menjadi bantahan umat Islam ialah penggunaan istilah-istilah tertentu didalam bible versi bahasa Indonesia itu. Contohnya mengapa perlu diberi nama bible itu "Al-Kitab"? Jangankan orang awam, ustad pun boleh terkeliru. Kenapa tidak dipanggil "Bibel Kristian"? Kedua, perkataan dan istilah saperti ALLAH, Malaikat, wahyu, Rasul, penggunaan nama Nabi-Nabi saperti didalam Islam sedangkan mereka ada nama tersendiri didalam Bible saperti Nabi Yusuf (Josef), Musa (Moses), Daud (David), Yunus (Johannes), Nuh (Noah) Yaakob (Jacob) dan banyak lagi.

Penggunaan istilah-istilah saperti ini adalah bercanggah dengan:

1. Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan;
2. Keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan;
3. Enakmen-Enakmen Negeri-Negeri yang digubal berdasarkan peruntukkan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Bermakna sesiapa juga yang didapati mencetak, menerbit, menyebarkan, memiliki dan lain-lain buku atau kitab yang bukan dimaksudkan untuk orang Islam dan menggunakan istilah-istilah ini dan lain-lain istilah yang dinyatakan didalam Enakmen-Enakmen tersebut adalah melakukan kesalahan jenayah yang boleh dikenakan tindakan pendakwaan jenayah di Mahkamah Sivil dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara. Oleh itu, membawa masuk buku yang dipanggil "Al Kitab" versi bahasa Indonesia yang mengandungi perkataan dan istilah tersebut adalah suatu kesalahan jenayah!

1 ulasan:

puteraduyong berkata...

setuju gak dgn zul4kulim...amat bernas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...