Perkara biasa yang dilakukan oleh setiap orang apabila bercuti ke sesuatu tempat adalah mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Ini adalah gambar biasa yang diambil oleh seorang pemuda untuk koleksi peribadi dengan menggunakan kamera telefon bimbit jenis Sony Ericsson. Oleh itu kualiti gambar adalah kurang memuaskan. Gambar ini belum dikongsikan dengan mana-mana pihak tetapi hanya dikongsi dengan ahli keluarga terdekat sahaja. Oleh itu gambar in tidak pernah diedit, discan mahupun disuper impose.
Gambar ini diambil sekitar hujung tahun 2009, tepi sungai bersebelahan dengan meriam-meriam lama yang terletak di depan A Famosa, Melaka. Memang nampak biasa dengan tiba-tiba ada biasan budak melintas dihadapan. Anak sapa lah tu? Eh, nanti sekejap, menurut pemuda tersebut dia pasti 101% tiada sesiapa melintas dihadapannya semasa gambar diambil dan perkara tersebut diakui oleh si tukang penangkap gambar. Mahu tak meremang bulu roma bila melihat semula imej yang dirakam, maklumlah waktu tu memang sudah senja dalam sekitar jam 7 petang. Lihat imej dalam bulatan merah, kenapa nampak kabur? Adakah imej bergerak terlalu pantas sehingga pemuda dan jurugambarnya tidak menyedari sesuatu sedang melintas? Tapi pemuda tu kata dia sangat pasti tiada orang sekitarnya ketika gambar diambil!
Kalau betul pun ini kelibat budak sedang melintas, takkan pemuda tersebut tak perasan mak bapaknya sekali. Tak logik kalau budak ni sorang-sorang jer kat situ melainkan dia juga makhluk tuhan yang secara tidak sengaja tertangkap gambarnya melalui lensa kamera yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita. Kejadian seperti ini iaitu imej entiti dirakam secara tidak sengaja bukan pertama kali berlaku, malahan pernah terbit dalam berita, gambar di internet dan ada filem pun telah dibuat berkenaan kejadian mistik tersebut. Jika dinilai dari segi lokasi iaitu bersebelahan meriam lama di kota A Famosa, tempat sebegini memang mempunyai sejarah dan nostalgia yang tersendiri. Dengan kata lain tempat ini memang amat disukai oleh makhluk halus (berdasarkan pembacaan).
Jika menurut pandangan mata aku yang kabur ni, anda nampak tak kelihatan seperti sepasang tanduk warna merah? atau ia hanya sebahagian daripada komponen meriam? Sila anda terbeliakkan mata dan melihat kepada 2 anak panah putih untuk melihat bentuk seperti sepasang tanduk warna merah itu. Ini pandangan mata kasar aku je, korang mungkin boleh menilai sendiri dengan pandangan mata kasar masing-masing sampai naik juling mata tu ok! Tajuk di atas itu pula adalah pandangan peribadi aku sahaja. Kalau ada yang pandai membuat penilaian atau ingin menguji keaslian gambar dan sebagainya, sila kaji dan buat nilaian anda sendiri. Apa yang pasti Allah maha mengetahui, dan kita perlu tahu bahawa bukan kita sahaja yang ada atas dunia ni, makhluk Allah yang lain juga ada.
p/s: pemuda yang dimaksudkan dalam gambar di atas adalah brother in law aku, Hanif. Berumur 36 tahun. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer. Kini menetap di Petaling Jaya dan bekerja sebagai senior eksekutif di sebuah syarikat swasta yang ada kaitan dengan Kementerian Kewangan.
15 ulasan:
Salam. Uikss serius? Macam gambar anak kecil lalu lalang je ...
uihhh bole caya ke...
hasrul: mungkin..
k.mila: percayaalaah... janjimu lama terpendam
maybe die tersalah nampak kot..
yad'z: mungkin jugak. kalau kita ada time tu, baru boleh confirm betul2
makhlus halus memang ada
cam budakkecik melintas je nie..xtau la..tp mmg wujud je kan makhluk halus nie..
Tidak mustahil kan......:)
tak mustahil...mama dah join
dr hafiz: betul mmg ada
tie: mmg nampak seperti budak melintas, entahla knp dia tak perasan langsung. syok bergambar kot. hehe
myfrin & mama zakuan: perkara seperti ini mmg tidak mustahil, tapi ini bergantung kepada cakap org yang terlibat. orang terlibat tu abang ipar saya. bukan orang tak kenal. so yg jadi persoalan kenapa dia dan jurugambar langsung tak perasan budak melintas. dan dia pasti tiada org sekitarnya ketika gambar diambil. mungkin kalau gambar jelas muka seperti hantu mungkin orang akan percaya kot.
mungkin la entiti paranormal...
tp hanye yg terlibat sahaje mengetahui..kan...
Catat Ulasan