VIP

Khamis, 30 Disember 2010

Fakta Final Piala Suzuki AFF2010 dan Perang Laser Malaysia vs Indonesia



Fakta menarik:-
1.   Norshahrul Idlan Talaha baru berkahwin sehari sebelum final pusingan pertama Malaysia vs Indonesia. Mungkin ada yang berkata dia bakal kehilangan stamina, tapi dia membuktikan sebaliknya, kelihatan dia yang lebih bertenaga berbanding pemain lain. Siapa kata kahwin boleh menjejaskan stamina? Siapa? Siapa? Siapa?

2.   Insiden silauan laser semasa perlawanan pertama menyebabkan protes di pihak Indonesia sehingga memaksa pengadil memberhentikan perlawanan. Si pelaku akhirnya tertangkap dan disahkan oleh beberapa blog bahawa Ultraman telah ditangkap  kerana memancarkan sinaran laser ke mata penjaga gol Indonesia (tolong percaya ye). Penjaga gol Malaysia kata dia pun kena sinaran laser masa lawan Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan di Indonesia. Siapa yang main laser dulu ni?

3.   Julia Perez, artis panas Indonesia dikhabarkan mahu memakai bra berlazer bagi mengalihkan tumpuan pemain Malaysia. Betul ke gitu? Kalau macam tu baik bogel terus, habis semua orang pun akan teralih tumpuan. Ini memang betul cari publisiti murahan.

4.   Kediaman pemain Malaysia dikepong oleh penyokong Indonesia sambil menunjukkan sepanduk untuk melemahkan moral pemain Malaysia untuk bermain di Stadium Gelora Bung Karno. Ni satu lagi, diorang ni apehalah fanatik macam orang gila. Fanatik secara sopan tak boleh ke?
5. Website RTM kena hack, ni fakta ke auta? Ini menurut sumber bacaan beberapa blog. Apa sebabnya? ada kaitan dengan siaran langsung bola sepak piala AFF yang yang dipancarkan oleh RTM ke? Ini kerja hacker dari Indonesia ke? Sebelum ni memang diorang aktif hack website dari Malaysia.
6. Yang paling best adalah pengumuman PM bahawa pada Jumaat ini bersamaan 31/12/2010 adalah cuti umum sempena meraikan kemenangan sulong Malaysia dalam perebutan Piala Suzuki AFF.

8 ulasan:

HAZWAN17 berkata...

wah mantap pengantin baru main bola erk..hehe

rinie din berkata...

nampak dia byk buka peluang malaysia buat jaringan... but second match... dia di kawal ketat oleh pemain indonesia

darkbatman berkata...

hehe.. tahniah buat malaysia.!

Azam Shah berkata...

tahniahh m'sia ^^

Mr. TN_SkY berkata...

ahaah..fakta yang menarik :p tpi yang hack tuh...diorang salh web kot lau xsilap hehe..

rinie din berkata...

darkbatman (otai ni) & azam shah: semoga bola sepak malaysia bertambah maju.

rinie din berkata...

tn sky: betul tu...dorang salah url, saje nak bagi suspen jer

NuSaNa NoSa 91 berkata...

oh yeah..?? fakta yg menarik~ ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...