VIP

Jelitaku-MK

Ahad, 26 Disember 2010

Misi Pencarian Blackberry Torch 9800

Sungguh tak di sangka, rupa-rupanya untuk mendapatkan sebijik Blackberry Torch 9800 adalah satu misi yang sukar dan penuh cabaran. Ceritanya camni, setelah tahu telco biru dan kuning buat promo Blackberry Torch 9800, maka pada 09/12/2010 kami pun menuju ke destinasi terdekat iaitu di Giant Batu Caves dengan hati berbunga-bunga dan harapan menggunung tinggi. Disebabkan aku ni loyal customer kaler biru maka kami pilih outlet kaler biru.
Biru: “Sini bukan centre cik, kena pergi centre untuk dapatkan plan tu”.
Kami: ”ooooo”.
So kami pun pergi kat outlet kaler kuning, kat sebelah jer, saje nak usha, dalam hati masih loyal pada biru.
Kuning: “Blackberry Torch, kami takde stok”.
Kami: ”ooooo”.
Hujung minggu tu balik kampung, jadi terpaksa tangguh niat di hati tu minggu berikutnya, hari kerja susah sikit nak pergi ke centre telco kaler biru tu. Sabtu, 17/12/2010 kami pilih centre terbesar di sebelah Jalan Tun Razak. Sampai je kat outlet tu
Biru: “ Centre ni tutup buat sementara waktu, cik kena pergi centre di sebelah bangunan MCA tu”.
Kami: ”ooooo”.
Sampai jer outlet kaler biru sebelah bangunan MCA tu.
Biru: “Kami takde stok, kena tunggu lagi 2 minggu, first come first serve”.
Kami: ”ooooo”. (hampeh tul..nak bg duit pun sombong)
Kami hampir putus asa dah, centre besar pun habis stok, takkan nak redah pergi centre lain pulak. Kalau macam ni elok ambik telco kaler kuning. Centre terdekat telco kaler kuning yang kami confirm buka pada hari ahad 19/12/2010 adalah Tesco Ampang.
Kuning:”Stok dah habis, lagi 1 minggu confirm ada”.
Kami: ”ooooo”. (cit pooorah)
Hampir-hampir nak rentung hati ini terbakar, last choice kami pergi centre kaler kuning di Low Yat, situ confirm banyak handphone, kalau takde jugak, silap-silap diriku ini bertukar kaler hijau. Dahlah terpaksa meredah jem di tengah bandar KL hampir sejam lebih…
Kuning:” Ada”.
Kami:” Yahoooooo, yabedabeduuuuuu”
Bergegar satu Low Yat akibat pekikan dan teriakan kami yang menangis dalam kegembiraan (dalam hati jer..hehehe). Cam hampeh.



Nampak tak Nuffnang papar iklan Digi, macam tau2 jer

Selain BB Torch, nampak tak apa lagi yang ada dalam tu?

Tangan sapa jadi model tu?

6 ulasan:

Mila@Rimbun berkata...

dengan rasminya dah tukau no phone ke ni...
akak rasa tangan anas ler tuh... betul dapat hadiah tak???

Mila@Rimbun berkata...

uihhh gambar kawin sapa kat belakang tuh? tak pernah nampak pong

rinie din berkata...

akak..no lama maintain..tp kekadang klu termasuk air..guna yg ni lak..hehehe..

ntah gambar kawin saper ntah...tetiba jer menyibuk kat situ..hohohoho..

rinie din berkata...

klu bukan tgn dia saper lg kak..heheh..klu betul..blanja ice cream sbtg..hehhe..tp sy yg mkn..kekeke

Dessert Queen berkata...

Wah..dah beli?Hehehe..aku rasa aku belum berbudget lagi sebab mcm tetiba dapat offer berjalan2 bulan 2 ni..HP boleh dapat bila2..jalan2 tu hanya sekali je offer ni..;)

rinie din berkata...

bestnyer..nak gi melancong mana plak tu? ikut leh..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...