VIP

Jelitaku-MK

Khamis, 27 Januari 2011

Peluang Kerja di Portal JobMalaysia

Pagi ni terasa bersemangat untuk mulakan hari ini disamping meneruskan aktiviti blogging. Aura semangat ini hadir setelah melihat sambutan yang diterima dalam entry Sudikah Anda Jadi Follower Kami? Penting ke follower? Bagi aku follower mencerminkan usaha anda dalam dunia blog. Semakin ramai follower bermakna anda telah banyak berusaha dan meluangkan masa anda untuk blog. KECUALI, anda seorang artis, public figure, orang kenamaan dan seumpama dengannya. Mereka tetap perlu berusaha tapi kebanyakkan follower mereka datang dengan sendiri menawarkan diri untuk jadi follower. Bagi yang blogger tiada nama seperti aku, memang seharusnya kita perlu berusaha untuk menarik pembaca ke blog. Setuju? Usaha itu tangga kejayaan, yang penting kita istiqomah (konsisten). Pasti kejayaan akan hadir.

Sebenarnya bukan itu yang aku nak cerita tapi aku nak cerita berkenaan peluang kerjaya yang banyak dalam portal JobMalaysia. Mungkin ramai yang dah tahu tapi mungkin ramai jugak yang baru tahu seperti aku. Isk. Sememangnya aku pasti ramai yang dah dengar ayat ni “zaman sekarang ni susah nak dapat kerja, jangan memilih, yang mana ada sambar je”. Aku setuju. Hari ini, ramai yang tak kerja kerana memilih kerja atau mencari kerja yang setaraf dengan kelayakan. Mencari kerja yang setaraf dengan kelayakan memang betul, anda memang rasional, tapi kalau dah setahun tak kerja dan masih disara oleh ayah bonda, tak ke membebankan mereka? Dalam bab ni ketepikan anak orang berada.

Portal ini sepenuhnya dibawah Kementerian Sumber Manusia. Klik gambar dibawah untuk ke sana:-

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...