VIP

Jumaat, 21 Januari 2011

Wanita tunjukkan ciri kewanitaan mudah naik pangkat

Gambar sekadar hiasan :P
RICHMOND, Amerika Syarikat (AS) - Satu kajian yang dilakukan para penyelidik Universiti George Mason di Virginia mendapati wanita yang menunjukkan ciri-ciri kewanitaan mudah dinaikkan pangkat, lapor sebuah akhbar semalam.

Kajian itu melibatkan personaliti 80 orang remaja lelaki dan wanita selepas lapan tahun mereka belajar dalam bidang sarjana pentadbiran perniagaan di universiti tersebut.

Para penyelidik itu mendapati wanita yang lebih bersifat kewanitaan mudah dinaikkan pangkat berbanding wanita yang bersikap agresif.

Menurut kajian itu, pengurus wanita yang mengawal diri mereka dengan baik lebih mudah dinaikkan pangkat.

Kajian itu diterbitkan oleh jurnal British Psychological Society. - Agensi

sumber : kosmo online

2 ulasan:

cherry berkata...

lepas ni nak jd ayu=)

rinie berkata...

cherry: mmg dah ayu apa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...