VIP

Jelitaku-MK

Isnin, 6 Disember 2010

Red Baron - Si Juara yang Tewas

Baru lepas tengok cerita Red Baron di astro saluran movie (tak ingat yang mana satu). Siapa Red Baron? Kenapa aku minat tengok dan tulis cerita ada unsur sejarah perang ni? Mungkin aku boleh pelajari sesuatu dan sesajer tambah pengetahuan. Red Baron adalah juruterbang pesawat tempur Jerman dalam perang dunia pertama. Lahir tahun 1892 dan tewas dalam pertempuran udara dalam tahun 1918 pada usia 26 tahun. Red Baron atau nama sebenar  Baron Manfred von Richthofen sangat terkenal dan digeruni pihak lawan, pada ketika itu pihak bersekutu kerana rekod menang di udara 80 kali. Beliau hidup sebelum zaman Hitler dan tentera Nazinya menguasai Jerman.


Mungkin ketika itu jika nampak pesawat Red Baron yang berwarna merah menyala tu pasti rasanya seperti jantung mahu luruh, dan dalam hati berkata “matilah aku kali ni. huhuhu”. Satu fakta yang ingin dikongsi di sini ialah rata-rata hayat pejuang pesawat tempur paling lama adalah 3 minggu sahaja sebelum akhirnya tewas ditembak jatuh oleh lawan. Dengan rekod kemenangan tersebut yang sukar dicabar oleh juruterbang pesawat tempur lain, dia dijulang sebagai hero sehingga dianggap membawa tuah dan membawa aura kemenangan kepada seluruh rakyat Jerman. Kegagalan Red Baron pasti menjatuhkan moral askar dan rakyat Jerman pada ketika itu. Namun pada 21 April 1918, akhirnya lagenda ini tewas juga di tangan pesawat tempur pihak lawan tetapi sehingga kini tidak dapat dipastikan peluru siapa yang mengakhiri riwayat Red Baron. Ini adalah poster filem Red Baron.

Filem di bawah ini pula adalah kisah juruterbang pesawat tempur di pihak bersekutu. Dah tengok juga movie ni di astro, kalau tak silap tahun lepas. Red Baron ada digambarkan dalam filem ini sebagai watak antagonis.

Kalau berkesempatan.. tengoklah dua-dua cerita ni..

3 ulasan:

mijieywardie berkata...

citer flyboys tu penah la tgk. besh gak.. layan~

apdm berkata...

salam

saya pelik bila orang suka tengok citer mat saleh..

tapi ramai orang pelik kenapa saya suka sangat tengok citer cina.sampai midninght 12.00 am ntv7..

rinie din berkata...

dua2 citer ni mmg best.. teruja jugaklah tengok.. rasa cam nak ambil lesen kapal terbang plak.. berangan jerr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...